Tuesday, March 9, 2010

Pulak Dah!

Tak habis-habis dengan kisah Istana. Sultan jatuh gering.

Lepas saman, saman. Saman lagi, lepas saman cerai. Terlaratkah Al-Sultan menangani segala kerenah ini sedangkan Baginda sedang gering? Tidakkah semua orang di sekeliling Baginda fikirkan kebajikan dan kesihatan Baginda? Atau sengaja melonggokan beban di pundak Baginda pada ketika yang tidak sepatutnya?

Fitkah Baginda physically dan mentally semasa Baginda melafazkan Talak itu?

Hari ini pula mengikut laporan Utusan, Tengku Temenggong pula saman Tengku Mahkota/Pemangku Raja hanya kerana sebuah kereta.

Apa sebenarnya berlaku di sebalik Tembok itu?

KOTA BHARU 9 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini.

Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.

"Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai antara Tuanku dan Elia Suhana binti Ahmad yang dilafazkan sendiri oleh baginda Tuanku terhadap Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa orang saksi,” katanya.

Zainul Rijal berkata, mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan itu.

– Bernama

2 comments:

  1. salam uncle

    ishh macam-macam. Adoii.

    Makin kelam-kabut nampaknya.. Moga Negeri Kelantan tetap utuh!!

    ReplyDelete
  2. W'salam Rashid

    Kekalutan bermula sebelum Tuanku gering lagi dan terus saja berlarutan nampaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa