Sunday, May 2, 2010

Siapa Biawak Itu?

Kita sama-samalah tengok nanti siapa biawak, siapa berlidah biawak, siapa yang akan dipanjat biawak, siapa gandum dan siapa pula pengisarnya?

Ha..ha.. drama yang agak suspen!

Tetapi bila diamati dari tulisannya bermula beliau dipecat dari PMBK sehingga kini, agak terang yang diri beliau sendirilah yang berbelit-belit.

Di bawah adalah dari petikan Berita Harian Online

pix_gal0

Penulis blog serah kepada SPRM ambil tindakan kes RM4j

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak berhasrat mendedahkan dalang di sebalik dakwaannya membelanjakan lebih RM4 juta untuk menjalankan aktiviti gerak saraf terhadap Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, penulis blog dikenali sebagai Kickdefella itu menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut selepas memberi keterangan kepada agensi itu kelmarin.

“Tidak perlulah saya dedahkan siapa individu di sebalik isu peruntukan RM4 juta itu. Saya sudah memberi keterangan sepenuhnya kepada SPRM, biarlah mereka menyiasat,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan SPRM mengambil keterangan Syed Azidi berhubung dakwaannya itu dan beliau juga dilaporkan bersedia mendedahkan individu terbabit di sebalik isu peruntukan RM4 juta.

Wang itu didakwanya digunakan untuk membiayai pembelian aset, peralatan, pembayaran upah pekerja, bahan percetakan dan lain-lain bagi tujuan menggerakkan operasi gerak saraf itu.

Sementara itu, beliau dalam blognya semalam mengibaratkan isu berkaitan RM4 juta termasuk aset dan dokumen itu sebagai biawak hidup.
“Sekian lama saya bersabar, tapi bila beberapa blogger yang rapat dengan Husam (Exco Kelantan, Datuk Husam Musa) dan yang mengaku pada saya dibayar oleh Husam mula turut terjerumus dalam permainan ini, maka bagi saya amat senang, saya tiada apa kepentingan lagi dan buat apa saya nak pikul biawak hidup itu lagi.

“Kalau mereka nak biawak hidup itu, ambillah. Semalam saya sudah lepaskan biawak hidup itu dari sangkarnya. Terserahlah kepada SPRM untuk mengesan tuan kepada biawak hidup itu. Siapa yang diserang dari belakang oleh biawak hidup itu, tandanya dia cuba lari. Harap adalah yang sanggup diserang dari hadapan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa sering diminta mendedahkan dan membela diri berhubung isu wang operasi gerak saraf yang diberikan kepada beliau selain kaitan dengan Global Media Channel Sdn Bhd.

Katanya, beliau mengetahui dirinya diburukkan supaya cepat melenting dan mendedahkan segala-galanya supaya mudah Husam tersungkur.

Mengulas kenyataan Husam bertajuk `Murahnya nak jatuhkan PM’ yang disiarkan dalam blog pemimpin itu, Syed Azidi berkata: “Jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM... lepas itu terjunlah. Setidak-tidaknya bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut (ditubuhkan) Suruhanjaya Diraja.

“Satu pihak dalam Pas Kelantan dan Pas Pusat mahu melihat saya mendedahkannya kerana mereka mengharapkan skandal RM4 juta ini memudahkan tugas mereka untuk melihat berakhirnya karier politik penulis itu (Husam). Itu harapan mereka lalu saya dijolok-jolok sekian lama.

“Tetapi malangnya, penulis gandum dan telur (Husam) terjerumus dulu di dalam resipi bancuhan kek itu,” katanya.

4 comments:

  1. Mari kita tengok..siapa biawak tu..siap sedialah biawak tu pasang peguam..sbb mungkin kidkefela berbohong..


    (mohon link blog sy, sahabat)

    ReplyDelete
  2. Salam ayahanda,

    Memang tak sangka begitu 'jauh' sekali Kickdefella ni prgi.

    U-turn, habih. Tak kedengaran langsung penulisannya menyentuh isu APCO.

    Mungkin kerana dia bersahabat baik dgn Zul Kulim. Lantas dia bersekutu dengan 'mereka-mereka' jua.

    Barulah anakanda tahu, blogger juga ada yang 'katak'. Ingatkan ahli politk saja.

    ReplyDelete
  3. Hisyamuddin Che Ali

    Nampaknya biawak sebenar sudah tersiat kulitnya!

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda author faethal

    Memang rupanya spesis Katak ini ada di mana-mana kolam dan lubuk!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa