Sunday, June 27, 2010

Dipikat Wanita Cantik

"Bang, boleh tolong hantar saya balik?" Pinta seorang perempuan yang memang cantik di suatu tengah malam. Dari mata Pak Him perempuan ini memang cantik. "Cik Adik nak balik ke mana?" Balas Pak Him. "Dekat aja, di Langgar. "Ooo.. tak jauh, bolehlah" Jawab Pak Him dengan mata meleret ke susuk badan yang mengiurkan disimbah cahaya neon yang menerangi jalan di hadapat sebuah Hotel yang popular suatu masa dahulu di Kota Bharu sekitar tahun 70'an.

Pak Him memang seorang Pengayuh Beca. Rezeki dan nafkah keluarganya diperolehi dengan hasil mengayuh Beca. Tidak kira malam atau siang, Becalah yang menjadi teman dan "tuannya".

Tanpa banyak bicara "Cik Adik" melangkah naik dan duduk di atas Beca Pak Him. Dari situ "Cik Adik" mengarahkan Pak Him membelok dan menyusuri Kubur Langgar. Kubur Langgar terkenal dengan Kubur D'Raja. Sambil "Cik Adik" duduk dan Pak Him mengayuh "Cik Adik" bercerita yang lakinya tidak menjemputnya malam ini kerana kepergian yang jauh. Pak Him hanya mengangguk sambil melerek ke betis dan pangkal paha "Cik Adik" yang putih melepak dan gebu. Pak Him sudah "ada mari" tetapi apakan daya "siCik Adik sudah berpunya. Telan liur sajalah!

Tidak lama Pak Him di dalam lamunan tiba-tiba "Cik Adik" minta berhenti. Pak Him sedar-sedar dia berhentikan Becanya di hadapan sebuah rumah yang cantik dan besar. Tanpa bertanyakan berapa tambang, "Cik Adik" mempelawa Pak Him naik ke rumah.

Tanpa membantah, Pak Him terus aje naik dan berjalan di atas carpet yang lembut dan tebal dan duduk di ruang tamu. Setelah "Cik Adik" masuk ke bilik dan keluar semula ke ruang tamu, dengan lembut "Cik Adik" meminta Pak Him menemaninya malam ini kerana dia takut dan sunyi ketiadaan suami yang tidak akan pulang malam ini.

Tanpa kata-kata Pak Him mengangguk setuju dengan permintaan "Cik Adik". "Cik Adik" meminta Pak Him masuk dan tidur bersamanya di bilik tidur utama tetapi kali ini Pak Him macam tersedar yang wanita ini adalah isteri orang dan Pak Him menolak. Nampaknya walau pun tadinya seakan iman Pak Him melayang tetapi setelah tersedar, Pak Him tetap menolak.

Dengan mimik muka semacam kecewa "Cik Adik" membawa Pak Him ke sebuah bilik lain dengan hiasan yang cantik dengan sebuah katil bertilam empuk. Selepas mengucapkan terima kasih Pak Him pun tidurlah di bilik itu dengan selesa dan nyenyak keletihan.

Pak Him terjaga dari tidurnya setelah di sinari cahaya matahari kerana hari sudah siang. Alangkah terkejutnya Pak Him apabila dia dapati dirinya berda di celah cabang Pokok Bacang besar di atas kubur. Rupanya malam tadi dia tidur di atas Pokok Bacang besar bukannya di atas katil bertilam empuk! Becanya tersorok di dalam semak berhampiran.

Dengan bersusah payah Pak Him cuba turun dari pokok itu sebelum dilihat orang. Sekian lama mencuba dengan kulit yang melecet kerana memeluk batang Bacang yang besar untuk turun, akhirnya Pak Him berjaya turun dan pulang dengan lecewa dan kesal. "Rupanya kena juga aku" rungut Pak Him sambil mengayuh beca pulang.

Cerita ini adalah berdasarkan apa yang diceritakan oleh Pak Him (bukan nama sebenar) sendiri kepada saya pada suatu pagi sambil minum kopi di sebuah warung.

4 comments:

  1. salam,

    nice blog.
    blog ini dah dilistkan dalam warta365.blogspot.com

    mintak ehsan tuan blog listkan blog hamba , http://warta365.blogspot.com

    terima kasih

    wasslam

    ReplyDelete
  2. ho ho ho... nasib dia tak di jamu makan...

    ReplyDelete
  3. Warta 365

    Terima kasih di atas kunjungan dan saya sudah penuhi hajat sdr.

    ReplyDelete
  4. mr edz

    Hah.. kalau dijamu makan memang enak tetapi apa sebenarnya yang kita makan amat meloyakan dari cerita yang pernah terkena.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa