Friday, August 6, 2010

Mountdweller Tidur Tiga Hari

Assalamu alaikum dan maaf. Tiga hari blog Mountdweller tidur!

Sebenarnya Pak Din sibuk dengan hal-hal dunia selain cyber.

Pertama sibuk dan agak kelam-kabut kerana persediaan Majlis Pertunangan Along yang diminta tamu pada 13 Sept.2010 yang kebetulan jatuh pada Hari Raya Ke empat. Pada hari semua caterer tidak berniaga kerana semua pekerja mereka bercuti raya. Ini satu dari peningnya.

Bakal Menantulah ni! - Dari Muar


Keduanya setelah kehilangan Fluffy, Adik sentiasa susah hati dan menangis. Sebagai bapa tentulah sedih dan tak sampai hati menengok keadaan anak sebegitu. Jadi Pak Din belilah lagi dua ekor Arnab baru yang diberikan nama Lulu (lion Head) dan Lucky (Teddy Bear) sebagai ganti.

Namun begitu nampaknya masih tidak memulihkan keceriaan Adik. Pak Din berdoa semoga Adik akan gembira dengan kehadiran Lulu dan Lucky.

Kerana kehadiran Lucky dan Lulu tidak dapat diterima oleh Ginger dan Bubble, terpaksalah saya membuat kandang yang baru. Dua hari untuk menyiapkan kadang untuk menempatkan mereka.

Warga Baru - Lulu dan Kandang barunya

Lucky Warga baru

Ginger dan Bubble (warga lama) dengan Kandang barunya

10 comments:

  1. Salam uncle!

    Tahniah sebab nak dapat menantu...patutlah entri uncle tak naik2 kat dashboard saya...selalu nya tempat pertama atau kedua.rupa-rupanya sibuk.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku Mountdweller,

    Wah.... diam-diam nak dapat menantu rupanya. Tahniah.... tahniah!! Semoga semua perancangan pertunangan Along akan berjalan lancar, insyaAllah.Salam untuk akak dan semua disana.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ayahnda,bakal memjadi ayah mertua,tak lama lagi dapat anugerah "datuk" ,insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,
    hari hari saya datang jenguk, manalah entry baru...rupa2nya sibuk nak dapat menantu ya..alhamdulillah

    Cantik pengganti fluffy tu..berapa harganya seekor dan baka apa? Beli kat mana?

    Maaf banyak tanya lak.

    ReplyDelete
  5. W'salam Man.

    Insya Allah kalau itulah perancangan Allah.

    Betul Man, uncle agak sibuk maklumlah tuan empunya body kat Sabah.

    ReplyDelete
  6. W'salam Mum.

    Terima kasih banyak dan insya Allah akan saya sampaikan kepada akak.

    Kita hanya berdoakan berikhtiar melaksanakan tetapi segala bergantung kepada kehendak Allah.

    ReplyDelete
  7. Anakanda ijoks

    Terima kasih. Insya Allah kalau diperkenankanNya.

    ReplyDelete
  8. mr edz

    Terima kasih. Sama-samalah doakan.

    ReplyDelete
  9. W'salam melurjelita

    Terima kasih kerana selalu bertandang. Ya, saya agak sibuk sebelum segalanya teratur. Maklumlah Tamu tu dari jauh, takut juga terkurang layanan.

    Pengganti Fluffy tu baka Teddy Bear juga. Masa beli harga RM150.00. Itu dikira murah sebab masa beli Fluffy dulu RM150.00 dan baru sebesar hujung lengan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa