Monday, August 16, 2010

astro oh astro....

astro satu-satunya TV cable berbayar yang kami di sebelah sini berhibur dengan keadaan siaran yang terang tanpa banyak iklan. Tapi sejak kebelakangan ini prestasi siaran dan program yang dihidangkan telah merosot dan menyakitkan hati.

Sudahlah yurannya naik dan naik, maka kita bayar lebih. Namun hidangan program semakin hempeh. Dah naik Gila Babi!.

Semuanya dah berkali-kali basi. Dan saya perasan di siaran perlawanan bola sepak pun sudah ada iklan di tengah-tengah siaran. astro sudah terlalu gila duit. Duit kita!

Perlawanan EPL pun dah banyak yang lelap...

Kalaulah ada TV cable yang lain menjadi pesaingnya, astro akan lingkup..

10 comments:

  1. Astro ni salah satu perniagaan kroni yang amat menguntungkan. Mana tidaknya, dengan adanya cakera parabola Astro di hampir setiap rumah, maka rumah jiranya terpaksalah menerima gangguan siaran yang amat kritikal. Sudahnya terpaksalah jirannya juga melanggan Astro walaupun sekadar nak tonton siaran TV biasa. Inilah kesan ekonomi Kapitalis yang pemimpin Melayu-Yahudi syorkan bagi kesejahteraan hidup rakyatnya..tunggu...

    ReplyDelete
  2. Astro - a prefix that means "STAR"??

    Not good enough...lot of craps aka ads .. i give 3 stars for its services as nothing special really about it..more prefer cabled tv. No interruption of the weather. Unless hitch@shit happens.

    Eh, wait it's raining now..there we go again.. Goddamnit .. Astro no coverage...Thanks F to Astro & 1Mess-ia.

    hehe

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Depa untung berlipat ganda. Yang bayarnya kita, yang sakit hati pun kita.

    Maknanya kita diperas kiri kanan.

    ReplyDelete
  4. Hanz

    We have no other choice. TV Malaysia lagilah teruk. Tak pernah berubah dari dulu dan selamanya agaknya kot? Nasib laa sekarang lesen dah tak kena bayar

    ReplyDelete
  5. lama dah potong pak din.. menyampah sebab ada AF

    ReplyDelete
  6. betul tu, skrg dia eksenlah. sy terpaksa guna astro sbb signal rtm tv3 langsung tak leh masuk, frust banget

    ReplyDelete
  7. mr edz

    AF memang membawa masalah. AF bini nak tengok dan EPL Pak Din nak tengok. Kedua-dua program di malam minggu!

    ReplyDelete
  8. Mak Su

    TV Malaysia memang tak ada kualiti dan boring. TV3 terlalu banyak iklan dan lama. Tetapi jejak itu semacam nak ditiru oleh astro akhir-akhir ni.

    ReplyDelete
  9. Baginda

    TM ada ke? Tapi kat sini tak ada dengar pun?

    Masalahnya bila TV menjadi pengampu kerajaan dan utamkan duit akan menjadi liability akhirnya kepada pengguna.

    Bunyi nama TM pun dah naik serabut kepala.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa