Wednesday, August 25, 2010

Berbezakah Antara Singh Dan Nik?

Karpal Singh siKafir Antik, memang semua orang kenal. Dia yang dikatakan cerdik ketapi mempunyai vision yang bangap tentang Islam. Atau mungkin dia buat-buat bodoh kerana bencikan Islam. Platform kebenciannya dan penolakannya terhadap Islam adalah Perlembagaan Negara. Nampaknya dia sekor aje yang bising. Tapi tak apa dia dah terlalu antik dan mungkin bila-bila masa saja akan pergi!

Yang sekor lagi ni memang aku tak faham. Manusia dari keturuan Kelantan yang bergelar Nik ni memang aku kenallah sikit sebanyak latar belakang keluarga dia. Yang peliknya dia ni memang muslim tapi masih tak faham atau tak pernah faham tentang Hukum Hakam. Fahamkah dia menolak sebahagian dari Nas (Alqur'an dan Hadith) adalah menolak Hak Allah!

Manusia yang semacam inilah membuatkan Islam menjadi suram di mata masyarakat bukan Islam. Manusia sebegini semestinya dipulau oleh Umat yang benar-benar sayang Allah dan agamanya. Takkanlah kerana kepentingan politik merelakan diri tercampak ke Neraka?

Karpal Nafi Beliau Sendirian Tolak Hukum Hudud Dan Penubuhan Negara Islam

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

6 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Itulah sebabnya yang membuatkan saya betul2 terbakar....

    ReplyDelete
  2. W'salam Isa

    Dia ni Islam ke ape?

    Tak ada pula suara yang memperbetulkannya dari dalam pimpinan PKR!

    ReplyDelete
  3. salam ayahanda.

    Di sini perlu kiranya melihat kembali penjelasan yang dibuat dalam blog beliau.saya kenal Nik nazmi dan 'fikrah' beliau.Bukan kenal kerana dia berada dalam PKR tetapi sejak zaman belajar lagi.Dan saya bukan anggota Parti keadilan.

    Premis saya, hudud wajib dilaksanakan bagi mencapai maqasid syariah.Tapi cabarannya, bagaimana mahu memahamkan masyarakat mengenai hal ini?

    Dalam kes isu hudud ini, saya rasa, orang yang kurang bijak adalah di kalangan melayu muslim sendiri.Terutama sekali, ahli politik melayu-muslim.

    Bila emosi itu diletakkan di hadapan mengalahkan rasionalisasi ilmu itu sendiri, natijahnya, keluar komen yang macam-macam yang tak menggambarkan akhlak seseorang muslim.(walaupun niatnya ikhlas mahu mempertahankan islam)

    Pertama : persoalan saya, selama ini, apa tindakan PAS (yang taktikal dan strategi) dalam menggerakkan pemahaman Masyarakat malaysia mengenai Hudud? Selain dari ceramah-ceramah yang hanya dihadiri oleh penyokong PAS atau di surau-surau?

    Kedua : 'Bahasa' yang bagaimana PAS gunakan untuk memahamkan masyarakat malaysia selama ini?(kalau kepada bukan islam, bagaimana?kalau kepada golongan Profesional bagaimana?)

    Ketiga : Saya tak pasti, tetapi saya ada terbaca secara sepintas lalu di blog samada Saudara Hanipa maidin atau Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai bagaimana hikmahnya Arwah Ustaz Fadhil Noor dalam mengetengahkan perkara ini dengan menggunakan kaedah Fiqh Alawiyat.(harap disemak balik)

    Keempat : Saya tertarik pada komentar yang di ada di blog Ikut Suka Aku :

    http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/08/lalang-dalam-pakatan-rakyat.html

    Sekadar pendapat suara saya sebagai orang muda yang tergolong dalam Generasi Y.

    ReplyDelete
  4. am with yer Gen Y ... PAS lembab terhegeh hegeh dalam berdakwah dengan lebih efektif bagi memahamkan negara Islam + akhlaq + hukum utama dalam sistem perundangan & kehakiman Islam. Sini perlu orang yg bijak politik, ulamak & umarak ke hadapan. Bukan cakap berdegar degar, kerja tak nampak kemajuannya. Walk the talk, man.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda gangga awana

    Komen anakanda perlukan jawapan yang berfakta. bukan cakap-cakap yang tidak tahu biji butirnya.

    Ayahanda publish balik jadikan satu n3, supaya dijawab oleh orang PAS yang layak untuk menjawabnya.

    Terima kasi anakanda gangga awana.

    ReplyDelete
  6. Hanz Newman

    Berul Hanz. Betul sangat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa