Friday, August 27, 2010

Betapa Besar Kasihnya Ibu

Subhanallah, Kerana kasih seorang Ibu, dengan izinNya....

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu

GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Dari Kosmo

6 comments:

  1. Salam Pak Din,
    Subhanallah...
    Terimakasih kerana berkongsi post ini. Sangat terkesan di hati saya sebagai seorang ibu. InsyaALLAH, sentiasa dan akan sentiasa memeluk dan menyayangi anugerah ALLAH ini.

    ReplyDelete
  2. melur

    Kasihnya Ibu membawa ke dunia. Kasihnya Ibu membawa ke Syurga!

    Tapi Pak Din, tidak pernah merasai kasihnya Ibu biology/sejati. Ibu Pak Din meniggal pada usia Pak Di menjelang 2 tahun. Sebelum itu juga Ibu Pak Din sakit. Jadi sepanjang 2 tahun itu juga Ibu Pak Din tidak boleh menjaga Pak Din sehinggalah Ibu meninggal.

    ReplyDelete
  3. mr edz

    Kadar kita masing-masing.

    ReplyDelete
  4. Allah maha Besar
    Tiada yang mustahil Jika Allah menghendakkannya..
    Allahhuakbar..

    ReplyDelete
  5. aSmiDar

    Allah dengan sifat Kun fayakuunNya!

    Terima kasih di atas kunjungan dan tinggalkan jejak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa