Sunday, August 29, 2010

Hujah dan Pandangan Yang Berpijak Di bumi Nyata

Saya cukup bersetuju dengan pandangan ini. Otak yang lebih terbuka, pandangan tidak kabur sebelah mata.

Salahkah Bukan Islam Memasuki Masjid?

KECOH apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lepas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.

Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua Ahli Parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.

Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.

Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Kenyataan orang nombor satu JAIS itu ternyata bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput? Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah Jawatankuasa Surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.

Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.

Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.

Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah Jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

Copy n paste dari sini

Pembetulan dari pengunjung :

Anonymous Anonymous said...

Maaf.. Saidina Umar tidak bersolat dalam gereja tetapi di luar gereja. Sila perbetulkan.

12 comments:

  1. Kalaulah aku ada nilai tasamuh tahap tinggi, biarlah depa marah-marah pasal azan kuat lagi tak sedap suara bilalnya, masjid kat Zero Ground, orang bukan Islam nak masuk masjid saja jalan-jalan, atau nak baca Quran, nak kecing & berak atas sejadah pun aku rela... pasal umat Islam kini terutama dalam negara kita yg majoriti Melayu-Islam tak perkenalkan keindahan Islam kepada mereka - yg tak beriman kpd Allah & rasul tu. Salah kita jugak... Insaflah kita.

    Baik kita doakan hidayah & inayah kpd rakan-2 & mana-2 pemimpin orang bukan Islam dapat hidayah, kesejahteraan Islam di hati mereka. Tu lagi elok & sejahtera.

    ReplyDelete
  2. kelakar dengan isu ini... semacam bankrap modal pihak yang tertentu.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau anjuran UMNO takpe kot...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .

    Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik

    dengarkan online di:

    http://www.radiorakyat.net
    http://www.radiorakyat.blogspot.com

    atau di blog-blog berhampiran anda.

    tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Maaf.. Saidina Umar tidak bersolat dalam gereja tetapi di luar gereja. Sila perbetulkan.

    ReplyDelete
  6. Hanz Newman

    Betul, uncle sokong pandangan Hanz.

    Biarkan yang bodoh saja merasa dia bijak!

    ReplyDelete
  7. emran

    Bukan apa, Gayung bersambut!

    ReplyDelete
  8. mr edz

    Yang mereka buat semuanya baik dan beradap! Kalau tak caya tanya Harusanasini..

    ReplyDelete
  9. Wa alaikumussalam Radio Rakyat

    Terima kasih di atas info.

    Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. kpd anonymous...ni anonymous yg lain nk bgtahu...(Dari Umamah ra. bahwa Rasulullah Saw bersabda, "Telah dijadikan bumi ini bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan suci. Dimana pun umatku mendapatkanwaktu shalat, maka dia suci." (HR. Ahmad).)MAKSUDNYA Di mane2 shj ats muka bumi Allah ni kita boleh solat dan tidak menjadi terlarang,kecuali di tempat yg bernajis, kotor, sampah dan lain2 yang saudara dan ana belajar masa kelas fardu ain dulu. Saidina Umar Al Khattab dulu memang pernah masuk solat dalam gereja Betelhem(nasrani) masa itu,namun selepas itu Sahabat Rasulullah S.A.W ini terfikir untuk tidak mahu melukakan perasaan mereka (nasrani) dengan terus bersembahyang di situ maka di bina masjid di luar gereja untuk sembahyang. Masjid ini di namakn dengan nama masjid Umar. Kesimpulannya solat di dalam gereja itu di bolehkan dan Umar Al Khattab buat masjid di luar gereja adalah kerana untuk menjaga perasaan mereka dan BUKANNYA kerana solat itu tidak boleh di lakukan di dalam gereja.wallahualam...HARAP ADA YANG BETULKAN ANA KALAU ANA SALAH DI SINI.

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Insya Allah kita sama-sama memperbetulkan mana yang salah dan membenarkan mana yang betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa