Monday, August 2, 2010

Peringatan

Mungkin saya taksub dengan balasan Allah? Tapi hakikatnya tiada siapa boleh lari dariNya.
Kalau di blog Din Binjai beliau hanya tujukan peringatan kepada Saiful, tetapi sebenarnya semua peringatan untuk kebaikan adalah untuk semua manusia.

Hukum Allah hanya untuk Manusia Muslim sahaja tetapi Hukuman Allah tetap akan jatuh kepada sesiapa sahaja tidak kira berdosa dengan siapa. Hukuman dan kadar Allah akan berlaku lambat atau cepat itu saja.

Kita kekadang teralpa. Tergugur Iman kerana Mulut yang busuk dan hati yang Kotor.
Tergugur Iman kerana mulut dan tangan yang seronok mengenakan orang lain tanpa tahu benar atau pun tidak.

Kekadang memang kesihan tengok dan baca apa yang lemparkan, "Dia tidak tahu yang dia tidak tahu!" Bukankah itu lebih bangang dari Keldai Gila?

Peringatan buat Semua


Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang yang telah tidak diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?


Aziza
n Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat bersama gadis berusia 22 tahun di Melaka dan beliau mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara.


Aziz Shamsuddin------> ketua dal
ang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campurtangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. .

Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Rahim Noor ----------> Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Daim Zainud
din ----- -> Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnes



Dr Ristina Majid------> seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Orinya dari Din Binjai

4 comments:

  1. ORI DARI FB MTD KOTA LAMA
    http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=419904385937&id=100000628443398

    INDAH SUNGGUH BAHASA PAK DIN...JAZAKALLAH...

    ReplyDelete
  2. Salam uncle,

    Rahim Nor, agak terkejut juga sebab berita tu saya tak pernah baca...

    ReplyDelete
  3. Salam Sdr. Din Binjai

    Terima kasih Sdr. Din. Hakikatnya yang indah itu adalah hak Allah.

    ReplyDelete
  4. W'salam Man

    Uncle dah lama dengar tapi tak pasti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa