Friday, October 1, 2010

Aku Tetap Melayu

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam,” katanya.

Hamim didakwa berkata: “Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC.

“Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu caves dan juga mempunyai satu undi,” Hamin dilaporkan berkata.

Baca sepenuhnya di sini

Salahkah ungkapan ini?

Kalau dulu Pembangkang mengatakan darah Mahathir hanyalah ada sesudu Darah Melayu tetapi lebih tegas dengan Melayunya. Kenapa kita yang keseluruhan darah yang ada di badan adalah Darah Melayu tetapi senang dilayukan?

Adakah kita senang dilayukan kerana Agama atau Politik? Yang pasti Agama memang tidak boleh dipersalahkan. Tetapi apa yang amat ditakutkan adalah kerana kemaruk kuasa dan ketamakan kedudukan menjadikan kita longgar....

Ini bukan racial, tetapi itulah hakikat dari hati kecil. Bukankah kita mampu hidup aman damai sebelum ini berdasarkan persefahaman bersama/ jus soli sejak dari merdeka?

Mengapa perkara ini perlu diungkit setelah sekian lama?

6 comments:

  1. salam ziarah...

    yg penting dpt bersyahada & melaksankn titah yg ade dlmnya.....

    ReplyDelete
  2. salamayahnda
    harini saya cuma ingin gelak
    wakakaka wakakak wakakaka

    ReplyDelete
  3. Salam Pakdin..

    Bukan Melayu patut tidak pertikaikan hak memerintah oleh Melayu, apatah lagi majoriti rakyat negara ini daripada bangsa Melayu. Raja-raja Melayu jadi tonggak lambang perkongsian kuasa.

    Generasi muda patut belajar sejarah, daripada situ rakyat akan lebih hormat menghormati antara satu sama lain..

    ReplyDelete
  4. W'salam SS

    Terima kasih kerana sudi ziarah.

    Betul, sebenarnya itulah yang paling penting.

    ReplyDelete
  5. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Ada kalanya kita patut gelak. Ketawa dan gembira juga bagus untuk kita

    ReplyDelete
  6. W'salam Sdr. Brahim

    Kenapa perlu diubah? Perkara di dalam Perlembagaan sudah pun dipersetujui bersama dulu.

    Lagi pun Hak tetap Hak. Adakah kita sama dengan kaum yang baru datang setelah berkurun keturunan kita di sini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa