Friday, October 29, 2010

RESPONS MAIWP

Pada saya tidaklah adil sekiranya saya tidak publish responds dan jawapan dari isu yang berkaitan dari MAIWP setelah mountdweller juga ada publishkan n3 berkenaan.

RESPONS MAIWP ARTIKEL MALAYSIAKINI DAN THE MALAYSIAN INSIDER

MAKLUMBALAS MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) BAGI ARTIKEL MALAYSIAKINI DAN MALAYSIAN INSIDER PADA 26 DAN 27 OKTOBER 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelupusan 70 unit penghawa dingin seperti yang dinyatakan dalam artikel berkenaan tidak bermaksud ianya dibuang atau dibiarkan tanpa digunakan.
3. Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 – Tatatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

4. Terdapat pelbagai kaedah bagi pelupusan antaranya jualan secara tender, Sebutharga atau lelong, jualan sisa, hadiah, dimusnahkan, ditenggelam atau kaedah lain pelupusan yang difikirkan sesuai.

5. Berhubung isu yang dibangkitkan, MAIWP telah mengambil tindakan selaras pekeliling di atas seperti berikut:-
i) memindahkan penempatan aset berkenaan ke Institut Kemahiran Baitulmal dan Bahagian Baitulmal MAIWP 16 unit

ii) Melupuskan secara pemberian hadiah kepada Anggun Mulia sdn. Bhd, syarikat milik MAIWP 22 unit
iii) Dilupuskan secara ‘salvage value’ yang terkandung dalam kerja-kerja kontrak merobohkan bangunan berkenaan 32 unit
untuk diubahsuai bagi kegunaan Anggun Mulia Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Kolej Sains Kejururawatan PUSRAWI MAIWP (Melalui kaedah “salvage value” atau tukar beli, kos bagi kerja-kerja merobohkan bangunan berkenaan akan ditolak dengan nilai semasa 32 unit penghawa dingin tersebut.
6. Alat-alat penghawa dingin tersebut tidak dibawa ke bangunan baru MAIWP yang disewa di Bangunan PERKIM kerana bangunan tersebut telah sedia ada mempunyai sistem penghawa dingin secara berpusat.

7. Berkaitan isu sebanyak 348 aset alih yang ditinggalkan di ibu pejabat lama MAIWP di Wisma Baitulmal, aset-aset tersebut ditinggalkan sebagai hadiah bagi kegunaan operasi Kolej Sains Kejururawatan PUSRAWI MAIWP (Anggun Mulia Sdn. Bhd.-syarikat MAIWP) setelah bangunan siap diubahsuai. Namun demikian, aset-aset tersebut tidak ditinggalkan begitu sahaja, tetapi aset-aset tersebut disimpan di tempat yang selamat dan di bawah kawalan pengawal keselamatan yang dilantik oleh MAIWP. Bagi tujuan hadiah tersebut, aset berkenaan dirujuk sebagai harta pelupusan untuk dikeluarkan dari tanggungan MAIWP secara pentadbiran.

8. MAIWP sebenarnya sebelum ini telah memaklum dan menjelaskan kepada Jabatan Audit Negara dan lain-lain pihak berkaitan tindakan-tindakan yang telah diambil berhubung semua isu-isu yang dilaporkan dalam artikel tersebut .

9. Sebenarnya wang zakat tidak dicuri oleh mana-mana pihak. Ia telah diuruskan berdasarkan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan. Oleh itu, isu wujudnya “hantu” atau pihak yang mencuri atau menipu wang zakat seperti yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.
Sekian, terima kasih.

6 comments:

  1. Salam Pak Din
    yang isi minyak melebihi kapasiti tangki tu tak berjawab ke? atau nak kena tunggu penjelasan selanjutnya

    -akuatik

    ReplyDelete
  2. W'salam akuatik

    Nampaknya tak terjawablah tu! Tapi bukan saja di MAIWP perkara sebegini berlaku, di jabatan lain pun banyak. Pak Din tahu!

    Ambil bil baiki kereta yang tidak sepatutnya dibaiki pun ada.

    ReplyDelete
  3. Jangan pula dikatakan nati 'Pak Din Semua Tahu'.

    ReplyDelete
  4. Amil bil kosong pun ada juga, pas tu tau-tua la!!!!

    ReplyDelete
  5. MADiSYAK

    Pak Din bukan Malaikat semuanya tahu. Cerita ini di jabatan tempat Pak Din cari makan dulula..

    Kalau di tempat Pak Din cari makan berlaku tak semestinya di tempat lain semua pekerjanya jujur.

    Manusialah katakan...

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Ada tetapi bukan semua orang. Pak Din sendiri pun ada terkena. Pak Din beli 3 set meja PC untuk pejabat menggunakan LO dengan harga rm300/set tetapi ada kakitangan di bahagian IT beli 10 set di syarikat yang sama dengan dengan harga rm350.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa