Saturday, November 27, 2010

Memang Hak Kita

PRU-13 milik rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya belajar daripada kesilapan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sebelum berfikir mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat kerana jika tersilap langkah, Putrajaya boleh menjadi milik parti lawan.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir berkata, kita seharusnya melihat kembali punca mengapa Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 lalu berjaya merampas beberapa negeri, sekali gus menafikan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, ia sebenarnya berpunca daripada kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan lalu ekoran tekanan ekonomi yang meningkat secara mendadak kerana kenaikan harga minyak yang disifatkan rakyat sebagai melampau, walaupun kerajaan berkata ia keperluan.

Katanya lagi, kecenderungan rakyat sekarang sudah beralih daripada semangat politik kepada keperluan ekonomi dan parti-parti yang ada sekarang seharusnya mula mengubah strategi mereka jika mahu menang pada PRU akan datang.

“Sebenarnya sukar mahu tentukan siapa yang punyai peluang, memang BN sudah berkata mereka bersedia pada bila-bila masa, tapi bagi saya BN tidak akan mengadakan PRU dalam masa terdekat.

“Ini adalah kerana BN masih memerlukan sokongan undi daripada kaum Cina untuk pastikan majoriti 2/3 kembali kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff pula menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang akan memenangi PRU-13.

Katanya, keadaan politik cepat berubah, selaras dengan senario semasa sosial dan ekonomi negara.

“Jika PRU-13 diadakan pada masa terdekat, saya rasa sukar bagi PR untuk menang. Walau bagaimanapun kerajaan juga ada kelemahannya sendiri, tetapi pada masa akan datang kita tidak tahu apa akan terjadi.

“Bagi saya, kerajaan seharusnya menyambung dan memantapkan lagi jentera kerana kerajaan biasanya tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam tempoh tiga tahun selepas PRU,” katanya.

Sumber dari SH

4 comments:

  1. kalau berani buatla PRU13 dalam tahun ni ka tahun depan ka... ada berani... confirm lingkup BNUMNOAPCO...
    friends PAKATAN OF UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA secara senyap SEMAKIN MANTAP UTUH KUAT... Tunggu masa jer nak bagi pengajaran BNUMNOAPCO... yang paling sadis SARAWAK,PERLIS, N9 BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT...
    ALLAHU AKBAR AMEEN...

    ReplyDelete
  2. hii
    salam uncle..
    cempaka datang
    add cempaka juga ya

    d) sekarang duit poket cempaka makin kurang uncle

    ReplyDelete
  3. Anonymous

    Maaf kerana menegur. Kita tidak boleh terlalu yakin kerana semua di atas kehendak Allah

    ReplyDelete
  4. Cempaka R.Minta

    Terima kasih kerana sudi bertandang dan hajat anakanda dau ayahanda tunaikan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa