Wednesday, November 17, 2010

Solat Sunat Selepas Solat Asar Dan Subuh

Maafkan saya saudara Anonymous kerana agak lambat menjawab soalan saudara. Di bawah adalah publishkan komen saudara yang perlukan penjelasan berkenaan N3 ini

Anonymous
said...
akhi, ada masalah ke untuk solat selepas solat asar? jangan rasa kita serba tahu..kemudian dengan sinis perlekeh orang lain..kalau betul nak berdakwah, bawakan ayat/hadis/hujah/nas/fatwa yang melarang solat selepas solat asar?

November 13, 2010 6:23 PM
Untuk makluman, saya bukanlah Ahli di dalam bab Hadith dan Qur'an namun saya banyak belajar dan membaca berkenaan agama sejak dari kecil walau pun tidak di dalam bahasa Alqur'an.

Berkenaan Fatwa bolehlah saudara tanyakan kepada Mufti Negeri Perak.


Saya amat alu-alukan kalau ada saudara/saudari di luar sana boleh memberikan Nas dari Kalaamullah.


Hadith ini saya ambil dari kitab Sahih Muslim.

Harap boleh melegakan saudara Anonymous

10 comments:

  1. Salam Uncle.
    Salam Aidiladha utk uncle sekeluarga. Nanti saya ke kelantan, saya nak jumpa uncle lah. Boleh kita minum tea takpun air halia kg sireh... hehhehehe

    ReplyDelete
  2. Tepat dah jawapannya tu Uncle...walau tiada nash drp Al_Quran untuk persoalan solat sunat - Hajat, dll - selepas Asar.. cukup untuk menjelaskan persoalan & berdakwah dah tu, Uncle.

    Cuma yg bertanya mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu. Kalau dia memang tak tahu pasal ni, aduss!, ia melambangkan generasi yang hanyut, cetek asas Islam - hal kecik ni pun tak tahu - lain la dah terlupa, atau, duduk dalam hutan tak pernah dapat hidayah. Tapi ya, belum terlambat untuk berilmu & beramal. Selamat berusaha!

    ReplyDelete
  3. Uiksss...satu komen yang baik tapi tak sedap la anon..kalau tak , boleh berkenalan...niat nak menambah ilmu, kan Pak Din.

    Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Pak Din sekeluarga. Mana pergi? Lama menghilang?

    ReplyDelete
  4. Terkadang mendengarkan soalan yang ditanya boleh membuatkan saya risau akan kefahaman ilmu agama mereka, seperti yang yang saya tengok dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus... soalannya ialah, boleh ke kita bersetubuh dengan isteri pada malam pertama... Ustaz jawab dengan style dialah.... haram, kalau isteri kita haid...

    ReplyDelete
  5. lain kali kalau tak tau, tanya... jgn main bubuh org jer.

    Syabas Pak Din, satu jawapan yg tepat.
    Sekadar nak tambah, Solat Dhuha start pukul 8 ke atas kan Pak Din ?
    Cam mana pulak solat sunat selepas kita selesai solat ASAR ?

    ReplyDelete
  6. W'salam

    Kita boleh jumpa, Insya Allah.
    Tel atau msg ke 0199891355

    Selamat Merayakan Aidil Adha semoga Ibadah dan Pengorbanan kita diredhaiNya

    ReplyDelete
  7. Hanz Newman

    Terima kasih Hanz. Uncle mencari dalil dari Nas untuk memuaskan hati sdr. Anon.

    Selebihnya Allah yang Maha Tahu.

    ReplyDelete
  8. salam melur

    Selamat Hari Raya Aidil Adha juga untuk melur sekeluarga. Silakan ke rumah.

    Tak apalah dengan apa saja gaya bahasa. Menyindir atau menghentam kalau untuk bertanya dan memuaskan hati Pak Din akan jawab bersandarkan kemampuan Pak Din dan tidak akan simpan di hati.

    ReplyDelete
  9. Anonymous

    Kekadang ada dua jenis manusia yang bertanya. Yang pertama memang dia jahil/tidak tahu dan yang keduanya, memang dia tahu tetapi saja-saja nak menduga.

    Tetapi amatlah malang bagi kita sekiranya perkara asas di dalam agama dan kehidupan pun kita masih tidak tahu.

    ReplyDelete
  10. Katon Tin Ton

    Terima kasih Katon Tin Ton di atas sokongan. Pak memberikan jawapan pun sekadar Pak Din mampu. Ramai lagi di luar sana yang lebih bijaksana.

    Solat Dhuha setahu Pak Din, boleh dikerjakan selepas matahari naik 'segalah' pada pengamatan Pak Din 10 ke 15 kaki dari ufuk. Walau bagaimana pun sekarang kita sudah ada Takwim Waktu Solat. Maka kita lebih mudah.

    Minta sesiapa di luar sana yang tahu sila perbetulkan jika saya salah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa