Wednesday, December 1, 2010

Bodyguard Yang Dihantar Allah

Kenapa tak rogol saya?
Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Sumber- Harakah

6 comments:

  1. Saya suka menggeledah tanah walaupun sedang dipohon atau belum.

    Di satu kampong. Waktu sudah sarat petang. Kuda sudah saya tambat di lereng bukit kecil di kawasan tanah yang sedang di terokai.

    Terdengar orang menjerit nama saya. Saya tidak menyahut. Sebaliknya saya masuk kedalam semak bercampur lalang dan duduk di lereng bukit.

    Kedengaran lagi orang memanggil nama saya. Saya intai. Kemudian terlihat lori 1 tan dan beberapa buah motosikal mundar-mandir di jalan pasir seberang tasik lombong.

    Saya syak mereka mengepong saya. Bang masjid kedengaran. Saya turut ikut bang dalam bisikan. Dibelakang sebelah kanan jelas kelihatan 3 pemuda kampong diatas bukit dengan motorsikal. Di kaki bukit kereta saya.

    Saya tunggu sampai gelap. Saya ikut lereng dan berjalan jauh untuk mengelilingi bukit bertujuan untuk masuk dalam kereta dari arah belakang 3 pemuda tadi.

    Saya sengaja pakai terendak lebar Cina supaya mereka menyangka saya pengail. Kayu bulat 2 depa di tangan. Jantong berdegup badan menggigil sedikit.

    Dari belakang kaki bukit saya berjalan ke kereta. Dalam gelap itu saya terlihat seorang pekebun (Cina perempuan agaknya) menolak basikal dari arah bertentangan.

    Alhamdulliah kata hati kecil. Mereka diatas bukit leka melihat basikal. Mengelirukan mereka. Saya berlari deras, buka kunci pintu kereta, kedengan motorkal menderum.

    Masuk sahaja dalam kereta, terus hidupkan enjin dan tekan minyak. Satu motorsikal dapat hampir sebelah kiri kereta tetapi saya terus pecut.

    Malam itu saya tidak boleh tidur memikirkan apa akan berlaku sekiranya basikal itu tidak lalu atau enjin kereta tidak boleh hidup. Pasti kena lanyak.

    Malam itu juga memandu dari Perak terus ke Terengganu. Allah-hu-Akbar.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    Sangat menarik kisah ini.
    Amalan berterusan diberkati dan dilindungi Allah swt.

    ReplyDelete
  3. inilah dia kebesaran Allah... Dia Yang Maha Berkuasa.. Allahuakhbar!

    uncle.. t dh privatekan blog, THE UGLY TRUTH.. nak mintak uncle emelkan emel add.. nak invite uncle nanti

    ruziawatibukhari@yahoo.com

    terima kasih dan sampaikan salam buat auntie

    salam

    ReplyDelete
  4. Saya kenal yang menjerit nama saya ia-itu ketua kampong. Yang memberi maklumat yang saya berada dikawasan adalah pengail cina. Saya nampak dia guna telepon bimbit.

    Ya, satu land rover polis turut datang mencari. Ada orang report.

    Antara tiga pemuda diatas bukit itu saya agak cam seorang. Dia guru, badan agak gempal, kulit cerah. Saya terserempak dengan dia beberapa lama selepas insiden. Lepas itu tak jumpa lagi. Namanya tidak diketahui.

    Tiga ekor kuda (jenis kuda padi tetapi besar sedikit dan jinak)saya hilang. Dengar ada dilanggar lori, ada disembelih dan Jabatan haiwan ambil.

    Saya tidak ceritakan kapada isteri kerana menakutkan dan merisaukan bila saya teroka tanah maupun pergi kebun. Hanya pernah ceritakan kpd kawan.

    Alhamdulillah, saya peroleh lease tanah tersebut tetapi saban hari ada gangguan. Pondok dibakar, scrambler dicuri, kawat pagar dipotong dan kerbau masuk. Tanaman kelapa pandan, nenas, mangga punah. Masya-Allah.

    Ke Terengganu malam itu kerana urusan resmi esoknya.

    ReplyDelete
  5. Mei 1996. Ada koferensi di Sun City, 50 batu keselatan Johannesburg. Hari Jumaat saya sudah sampai sementara peserta2 belum.

    Baik saya ke Johannesburg tengok bandar. Saya naik bas. Di Stesen bas saya diberitahu oleh peniaga supaya simpan kamera dalam beg dan berhati.

    Di atas jambatan saya menoleh kebelakang. Berasa syak bila 2 pemuda kulit hitam nampak seperti berhenti serta merta agak.

    Nampak masjid dihadapan dan hendak sembahyang dulu.

    Saya jalan belok kiri dimana lebih banyak kedai dan ramai orang. Rasa lega. Tiba2 banyak tangan memegang dan rasa nak tumbang kebelakang. Ada yang meyeluk saku seluar, saku baju, tutup mulut saya, memaut leher.

    Dalam terperanjat itu saya sedar sedang dirampok. Ada 6-7 pemuda kulit hitam keliling saya. Tiba2 tangan memacukan pisau 6 inci dikening saya. Otak saya berkata mengapalah saya berada disini. Teringat keluarga. Matilah saya.

    Allah-hu-Akbar saya menjerit sekuat hati. Tidak buat apa, ajal sampai. Tak semena-mena saya dihumbankan keatas jalan. Menakjubkan. Hidup lagi. Masih menjerit Allah-hu-Akbar sekuat hati tidak putus2.

    Sambil menjerit saya berlari mencari teksi. Minta teksi hantar kestesen bas. Lambat rasanya nak sampai. Bolehkah saya percaya teksi ini?

    Dalam stesen saya menggeletar. Dahaga. Mencungap. Mengambil nafas. Syukur kpd Allah saya selamat.

    Tidak ada yang berani menolong saya semasa dirampok atau menjerit-jerit tadi. Bahkan saya perasan orang mulanya ramai kemudian berkurangan! Sengaja mereka masuk dalam kedai atau berjalan kearah lain? Tidak mahu masuk campur.

    Bila reda saya lihat ada pasangan Indonesia warga tua duduk disebelah. Saya ceritakan apa yang berlaku. Si lelaki memberi saya kad yang masih saya simpan. Mereka dari Jakarta dan dalam institusi perubatan.

    Saya ceritakan juga kpd pekedai yang memberi nasihat. Dia kata tahun lalu ramai pemain rugby Australia kena rampok.

    Dalam stesen selamat kerana ada pengawal dalam dan luar bangunan. Saya bermalam dalam stesen, di atas bangku.

    Keesokan saya naik bas ke Sun City. Diberitahu kena kongsi bilik hotel dengan saintis dari India. Alamak!

    Allah-hu-Akbar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa