Tuesday, December 21, 2010

Nasi Kerabu Hijau

Lali dengan politik, kita bawa cerita makanlah pulak!

NASI kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, satu perkara yang mungkin tidak ramai mengetahuinya adalah hidangan yang menjadi simbol negeri Kelantan itu sebenarnya berasal dari negara jiran, Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Daripada nasi yang berwarna kuning, biru dan hitam sehinggalah jenis nasi kerabu yang menggunakan kuah tumis berasaskan santan.


MEHTONG sedang menyediakan ramuan untuk sajian nasi kerabu hijau di Kampung Terbak, Tumpat semalam.

Nasi kerabu atau dalam bahasa Siamnya khao jam merupakan salah satu juadah istimewa masyarakat Siam Kelantan yang berasal dari Thailand. Suatu ketika dahulu, nasi kerabu lazimnya disediakan oleh penduduk kampung pada hari-hari keraian secara gotong-royong.

Khao dalam bahasa Thai yang membawa maksud nasi manakala jam pula bermaksud campuran.

"Perbezaan ketara antara nasi kerabu Siam dengan nasi kerabu Kelantan ialah ia tidak ada kuah tumis santan yang dimasak bersama budu seperti kaum Melayu Kelantan.

"Bahkan ramuan yang digunakannya untuk menghasilkan nasi kerabu Siam menggunakan bahan-bahan asli untuk memberi warna kepada nasi kerabu," kata Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan ketika ditemui baru-baru ini.


VIPHADA (dua dari kiri) menghidangkan nasi kerabu hijau kepada pelanggan.

Menurut beliau, dalam pembuatan nasi kerabu Siam juga tiada bahan atau unsur haram cuma cara penyediaannya saja dilakukan oleh orang bukan Islam.

Pati air hijau

Pengusaha nasi kerabu asli berketurunan Siam, Mek Mas Ehtit, 71, misalnya, mula menjual nasi kerabu hijau dan bubur nasi seawal pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari. Perniagaan tersebut dijalankan di pekarangan kompleks Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak, Tumpat, kira-kira 20 kilometer (km) dari pusat bandar Kota Bharu. Mek Mas atau lebih mesra dengan panggilan Mehtong yang dibantu oleh anak dan cucunya mula memasak seawal pukul 6 pagi di rumahnya di Kampung Gelam Kechik di Tumpat.

"Nasi kerabu ini berwarna hijau kerana saya menggunakan perahan air dedaun hijau yang dikisar bersama serai. Ini termasuklah sejenis tumbuhan herba dipanggil kenchai atau temu lawak. "Bagi mendapatkan nasi yang sedap, saya menggunakan beras bermutu tinggi," katanya.

Antara bahan yang dikisar untuk mendapat pati air hijau tersebut termasuklah daun mengkudu, daun lagundi, daun kesum, daun serai kayu, daun cekur manis, daun pandan dan kunyit.

Menurut Mehtong, nasi kerabu hijau itu dihidangkan bersama bahan-bahan seperti bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum dan kacang panjang yang dihiris halus. "Selain itu, bahan wajib iaitu kelapa parut yang digoreng tanpa minyak dan ikan selayang bakar yang dikisar, budu, sambal cili padi dan kisaran lada hitam," katanya yang mempunyai pelanggan pelbagai kaum termasuklah masyarakat Melayu. Mehtong berkata, nasi kerabunya yang dijual pada harga RM1 sepinggan tanpa ayam atau daging bakar.


NASI kerabu hijau Mek Mas yang menyelerakan.

Salah seorang pelanggan tetapnya, Lee Leng Leng, 31, peniaga dari Kota Bharu berkata, nasi kerabu Mehtong cukup istimewa dan tidak dijual di tempat lain.

"Rasa nasi kerabunya sangat berbeza kerana aromanya, saya akan singgah di sini setiap kali ada urusan di Tumpat dan menempah beberapa bungkus untuk dibawa pulang," katanya.

- ASMA HANIM MAHMOOD

5 comments:

  1. Salam Pak Din,
    bila sebut nasi kerabu nie,mmg salah satu menu berasaskan nasi yg sy paling suka...kepelbagaian rasa..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Memanglah sedap makan nasi kerabu, tapi kenapalah Puan Asmah beli dari pengusaha yang bukan Islam? Dia kata bahan yang dia guna semua halal, itu kata dia sebagai seorang kafir dan sebagai seorang peniaga yang hanya mehu melariskan jualannya.
    Bagaimana pula dengan periuk belanga dan sudu garpu yang digunakan? Mungkin telah digunakan untuk memasak daging babi sebelum ini. Setahu saya orang Siam di Kelantan yang bukan Islam memang biasa makan daging babi.Itu hak mereka.Jangan ingat jaminan halal dari mulut orang kafir itu boleh dipakai. Fikirlah baik-baik jangan ingat nak sedap makan sahaja, beri kapada ahli keluarga kita pula makan dan jadi darah daging. Akibatnya iman dalam diri kita makin menurun disebabkan kita tidak jaga apa yang masukkan ke dalam mulut kita.
    Ambil beratlah dalam bab halal haram termasuk dari segi makanan. Banyak yang 'claim' produk makanan mereka halal, oleh pengusaha makanan bukan Islam di Malaysia.Orang Islam dan Melayu banyak leka dalam hal ini.Jangan marah Puan Asmah, saya juga ore Kelate, peminat tegar nasi belauk dan nasi kerabu juga ayam percik, saya juga mengingatkan diri saya juga.Orang bukan Islam ini bukanlah sengaja hendak jual makanan yang tidak halal, cuma mereka tidak tahu hukum halal haram makanan mengikut kehendak Islam,jadi adalah tanggung kita sebagai orang Islam berhati-hati dan prihatin memileh produk halal.Wassalam.
    Westaussiemalay.

    ReplyDelete
  3. Hello there, I found your website by the use plenty of fish dating site of free dating Google while searching for a similar subject,
    your website came up, it appears great. I've bookmarked it
    in my google bookmarks.
    Hello there, just turned into aware of your weblog via Google, and found that it is really informative.

    I am going to watch out for brussels. I'll be grateful for those who continue this in future.
    A lot of other folks can be benefited out of your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  4. I delight in, lead to I found just what I was taking a
    look for. You have ended my four day long hunt! God Bless you man. Have a great day.
    Bye

    my webpage :: plenty of fish Dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa