Wednesday, March 16, 2011

Antik!

Mountdweller dimaklumkan ini adalah Lampu Isyarat Kereta Api zaman dahulu sebelum ada kemudahan penggunaan Elektrik di Malaya.

Rupa di bahagian hadapan

Pandangan bahagian Cermin yang mempunyai 3 warna Putih, Merah dan yang satu lagi moundweller tidak tahu warnanya sebab ketika ditemui ianya sudah pecah.


Pandangan sisi

Dari atas Tangkai dan Penutupnya

Boleh dibuka dan mempunyai dua lapisan

Cermin bahagian dalam yang boleh dipusing untuk menentukan warna cermin yang dikehendaki

Ada Pelita Minyak Tanah di dalam lapisan kedua
(masih baik dan masih boleh digunakan)

Pelita Minyak Tanah yang mempunyai Pemantul Cahaya


Pelita dari pandangan belakang

Ketiga-tiga komponan yang lengkap


Mountdweller terjumpa benda ini dengan secara kebetulan.

Suatu petang selepas banjir mountdweller ke rumah seorang kawan. Sementara menunggu beliau, moundweller saja mencungkil-cungkil tanah yang berhampiran semak nipis di laman rumahnya menghilangkan rasa bosan. Di dalam tanah yang dicungkil Mountdweller ternampak satu besi seperti cangkuk yang berkarat. Mountdweller cuba tarik tetapi tak boleh. Mountdweller cari cangkul dan gali. Nah rupanya Pelita/Lampu Antik yang naik!

Mountdweller pun tanya kawan tadi kalau-kalau barang itu adalah haknya sebab jumpa di laman rumahnya. Tapi katanya bukan hak dia dan dia pun tidak berhajat nak simpan. Mountdweller bawa balik, bersihkan dan rendam di dalam minyak tanah dua tiga hari dan bersihkan. Hasilnya itulah dia dengan besi, cat dan pelitanya masih di dalam keadaan baik.

12 comments:

  1. simpan dan jaga elok elok.. mahal tu (mana tau ada yang berminat nak beli hehehe)

    ReplyDelete
  2. wah, uncle! penemuan bersejarah! harus diwarisi nih!

    ReplyDelete
  3. kat sini rupanya lampu green lantern .. lama dah si Hal Jordan tu carik... hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam ayahnda,nasib baik bukan lampu aladin.
    kalau saya dapat,saya gantung kat anjung rumah buat hiasan.
    Takse jual ko?hehehe

    ReplyDelete
  5. mr edz

    Memang ramai yang minat tapi uncle sayang.

    ReplyDelete
  6. Anakanda Galuh

    Memang uncle akan simpan

    ReplyDelete
  7. drizzt

    Uncle pun tak tahu apa nama dia

    ReplyDelete
  8. Anakanda ijoks

    Tak boleh gantung kat depan, ramai sangat kawan-kawan yang berminat!

    ReplyDelete
  9. Salam . Saya pun ada jgk lampu mcm ni . Agak2 harga nya berapa ye ?

    ReplyDelete
  10. W'salam Anon 1:37AM 7.9.14

    Saya pun tak pernah tanya peminat barang antik berapa nilainya sekarang.

    Tapi saya pun tak berhajat nak jual sebenarnya.

    Baru-baru ni saya mendapat 4 biji botol kaca coca cola dan pepsi lama. Masih belum saya bersihkan lagi. Saya jumpa dalam bekas sampah lama ditinggalkan di bawah pokok kelapa.

    ReplyDelete
  11. saya pun ada lampu mcm ni, kalau tuan cuci ceramic bahagian sumbu nya. tuan akan lihat tulisan "lynlight no.2" "british make"

    dan warna glass yang pecah tu ialah warna biru.

    ReplyDelete
  12. bukan warna biru..tp warna hijau���� saya ada sebijik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa