Friday, March 4, 2011

Majlis Pernikahan Mohammad Musalli

Bermula dengan kecurian kabel kali pertama hubungan komunikasi terputus selama dua minggu dan diikuti dengan kecurian kali kedua pula hubungan terputus lebih lama dan melunturkan sedikit mood blogging mountdweller.

Selepas itu sibuk pula dengan persiapan hari pernikahan Along yang akan berlangsung pada 13 Mac 2011.

Gambar yang mountdweller upload di bawah sebagai kenangan bukan majlis Along tetapi majlis akad nikah anak saudara mountdweller Mohammad Musalli Mustapha yang berlangsung pada 3 Feb. 2011 di Paloh, Gua Musang.

Ketika Akad Nikah

Solat Syukur selepas diIjab Kabul

Batal Wudhu'

Gambar kenagan selepas batal wudhu'

Berarak

Bersanding


Di bawah pula mountdweller nak gambarkan keprihatinan kaum kita Melayu/Islam terhadap "Kebersihan yang dikatakan sebahagian daripada Iman" itu.

Betapa cantiknya tandas yang dibina di Masjid ini tetapi tengoklah di dalamnya

Lorong bilik airnya

Lubang Air Buang di dalam tandas yang pecah

Yang tersumbat

Keadaan tandas

Selak Pintu yang pecah


Apakah ini menunjukkan bersyukurnya kita?
Berpegangnya kita kepada sebagahian Iman itu?

8 comments:

  1. tahniah buat uncle mountdweller, bakal nak dpt menantu, moga majlis sukses :)

    tahniah juga buat pasangan pengantin baru yg di dalam blog ini.

    dan uncle mountdweller baru tukar template ker ?

    ReplyDelete
  2. itulah realitinya... bab kebersihan. malu pada orang kafir.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Din,
    Alhamdulillah kembali berblog...rindu sangat kat sini..sunyi je

    ReplyDelete
  4. Pak Din,
    jemput sertai segmen Melur jelita datang..jeng jeng jeng!

    saya menjemput je..Pak Din sudi tak sudi, tak tahu la...he he he

    ReplyDelete
  5. Mak Su

    Terima kasih Mak Su. Memang baru tukar rasanya bulan 11 tahun lepas.

    ReplyDelete
  6. mr edz

    Ada beberapa kali Pak Din singgah di bilik air Kuil Cina dan India. Mereka nampkanya cukup prihatin kepada kebersihan. Bilik air mereka memang selesa.

    ReplyDelete
  7. Melur Jelita

    Aih... takkan kerana Pak Din sorang blog dah sunyi!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa