Tuesday, March 22, 2011

Pantun Dari Blogger Murai Senja Untuk Along

Tahniah Pak Din...
Selamt Pengantin Baru Along

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

March 14, 2011 8:21 AM

6 comments:

  1. W'salam Panglima Muda.

    Terima kasih kerana sudi ziarah. Insya Allah saya juga akan bertandang ke sana.

    ReplyDelete
  2. Tiada kata selain tahniah,
    Semoga berada dalam redhaNya,
    Lauk sedap, majlis meriah,
    Nak makan banyak, gigi tak ada.

    Hua3....

    ReplyDelete
  3. AdukaTaruna

    Ha..hah.. lain kali makan dulu baru cabut gigi, barulah tidak menyesal!

    ReplyDelete
  4. tahniah Pak Din,
    pasangan skrng nie yg berkerjaya amatlah mudah terjadinya konflik terhadap mereka ...mereka memandang susah yg didepan itu sebagai beban..tidaklah mereka memandangnya sebagai ujian..lihatlah kedua org tua..sebagai contoh dan gambaran

    ReplyDelete
  5. IndukYati

    Terima kasih.

    Entah mengapa rumah tangga orang sekarang ini cukup senang berantakan.

    Ini juga ujian untuk Pak Din. Kalau orang lain Pak Din berjaya baiki dengan motivasi, anak sendiri diharapkan tidak akan menghadapi masalah yang besar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa