Friday, March 4, 2011

'Siapa Bayar Ummi Hafilda?'

'Siapa bayar Ummi Hafilda?'

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR malam tadi.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kita kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin.

NONESementara itu, ditanya tentang dakwaan saksi penting kes liwat 1998 Ummi Hamilda Ali dibayar oleh BN untuk berkempen di Kerdau, Muhyiddin menafikan perkara itu sama sekali.

"Siapa bayar?" soalnya kembali kepada pemberita.

"Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, jawab. Jadi jangan kaitan dengan kita."

Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.

Komen Muhyiddin sepatutnya begini "Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, saman!. Jadi jangan kaitan dengan kita."

Baca sepenuhnya di sini

2 comments:

  1. permainan duniawi ... tak abis² main wayang ... asal nak mengundi je kawasan tu macam² projek dihamburkan ... macam ni baik juga doakan adun kawasan pendek umur .. ada gak mendatangkan faedah haha

    ReplyDelete
  2. zX

    Agaknya semua mereka ini kebal dosa kot?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa