Friday, May 6, 2011

Hanya Kerana Seorang Penunggang Menuggang Melawan Arus

Empat maut ngeri

PASIR MAS – Empat maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan ngeri enam kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Kampung Tok Uban dekat sini, malam kelmarin.

Lebih tragis, otak dari salah seorang mangsa berkecai digilis lori selepas dua motosikal bertembung dari arah bertentangan.

Mangsa, Muhammad Faizal Fakruddin, 16, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; Chik Samsuddin Mat Ghafar, 16, dari Kampung Pasir Jering, Kuala Krai, Ariff Mohd Zain, 35, dari Kampung Chetok, Pasir Mas, dan Wee Tai Kit, 40, dari Kampung Cherang Kota Bharu, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dua mangsa cedera parah ialah seorang anak Ariff, Aliff Azhar, 12, dan Hazayudi Mohd Zainal Abidin, 36, dirawat di Hospital Lati, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, kemalangan pertama berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang Ariff bersama anaknya, melawan arus jalan dan dilanggar Yamaha RXZ, yang ditunggangi Shamsuddin Abdul Ghapar dan Muhammad Faizal Fakrudin.

”Akibat pertembungan itu, tiga daripada mangsa tercampak di jalan raya lalu digilis dua lori dari Tanah Merah ke Pasir Mas,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, sebuah kereta Volvo yang dipandu Hazaiudi Mohd Zainal Abidin, 36, dari arah sama, mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di tengah jalan dan merempuh kereta proton saga Iswara yang dipandu Tai Kit dari arah bertentangan.

Menurutnya, kesemua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dari SH

3 comments:

  1. astaghfirullahalaziim. siapa yang nak berkempen pasal keselamatan jalanraya kepada rakyat.
    benda remeh jgn dianggap simple.

    ReplyDelete
  2. Cikli

    Itulah masalahnya. Kerana seorang yang langgar peraturan Jalan Raya 4 jadi korban.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Din,

    banyak sungguh kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di Kelantan, tak kira siapa, pemandu , penunggang atau pejalan kaki. Menentang arus itu sudah menjadi satu kebiasaan pemandu di Kelantan.
    Bukan saja penunggang motor, pemandu kereta pun sama. Saya memang tensen la bawa kereta di sini.
    bagus Pak Din upkan post ini.
    Tahniah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa