Thursday, May 5, 2011

Polis Lagi....

Persoalanya adakah betul Polis yang meminta sogokan itu adalah benar-benar Anggota Polis yang mengendalikan kes tersebut?

Yang senang sangat berikan duit puluhan ribu tu pulak kenapa? Banyak duit sangatkah?

Pokok pangkalnya rasuah terjadi adalah kerana ada manusia yang dengan senang hati menghulur dan pastinya ada yang akan mengambil dan meminta.

Siapa yang bodoh dan siapa pula yang jahat di dalam kes ini?

Ibu Dakwa Ditipu Anggota Polis Untuk Bebaskan Anak

PETALING JAYA: Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang tersebut adalah bagi menjamin anak-anaknya.

Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lepas di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak.

"Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa mereka ditahan," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini, Khamis.

Beliau berkata dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya.

"Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang tersebut melalui akaun bank," katanya.

Rani Rahmah berkata selepas wang dimasukkan ke dalam bank, anggota polis tersebut meminta supaya beliau datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang anak-anaknya.Namun di balai polis berkenaan, anggota di situ menafikan bahawa anak-anaknya telah dibebaskan.

"Sehingga hari ini, anak-anak saya masih juga tidak dibebaskan walaupun wang telah diserahkan," tambahnya.

Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes yang sama, Maznah Yusof, 41, berkata beliau juga mendapat panggilan yang sama namun tidak melayannya.

Peguambela bagi keua-dua yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata beliau menganggap perkara itu sebagai satu kegiatan rasuah di kalangan anggota polis dan akan memberi masa 24 jam kepada pihak polis untuk membebaskan kedua-dua anak guamnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan tentang kejadian tersebut namun akan membuat siasatan lanjut. "Kami akan menyiasat tentang angota polis yang didakwa meminta wang jaminan tersebut," tambahnya.

- BERNAMA\mStar

6 comments:

  1. Dah bank in tu.. tahan jer ler pemegang account tu iskhh...

    ReplyDelete
  2. yang beri sama saja dengan yang terima. malah lebih bodoh menghabiskan duit.

    ReplyDelete
  3. peguam ni betul2 peguam ke?dengarnya macam orang bodoh je.ni peguam cap ayam ke?universiti manalah yang teruk sangat luluskan orang macam ni jadi peguam.majlis peguam camne pulak? tak nak ikut sama bantai polis?maklumlah,polis tu kan semuanya jahat...

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Betul tu, bukannya susah sangat.

    ReplyDelete
  5. Cikli

    Yang ngongnya adalah yang memberi.

    ReplyDelete
  6. izad70

    Betul ke Polis? Penyamar pun ramai!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa