Monday, June 27, 2011

Kalu Awe Nak Duduk, Bayarlah 50 Sebulan

Kisah ini diceritakan oleh sepupu saya yang pada ketika itu baru ditukarkan oleh jabatannya dari Kuala Terengganu ke Daerah Besut. Di Besut, jenuhlah dia mencari rumah untuk disewa tetapi tidak ada yang sesuai bagi orang bujang sepertinya.

Puas bertanya maka ditunjukkan oleh seorang rakan sebuah rumah agam yang besar berbentuk istana lama yang terletak agak terpencil di dalam satu kawasan yang penuh dengan pokok kelapa tua. Setelah ditinjau, sepupu saya ini berkenan untuk menyewa di situ.

Sebelum berjumpa tuan rumah itu, dia merisik dulu kenapa rumah yang besar dan cantik (dari sudut heritagenya) tidak didiami oleh sesiapa. Banyak versi cerita yang didengarinya tetapi yang pasti tidak ada penyewa yang tinggal di situ sehingga genap sebulan. Semuanya cabut lari. Rumah itu 'berhantu'. Bila cerita itu didengarnya, dia nekad untuk mencuba tinggal di rumah itu. Nak tengok apa yang terjadi sebenarnya.

Pada suatu petang sepupu saya ini pergilah ke rumah tuan yang empunya rumah agam itu dan minta untuk menyewanya. Tuan rumah itu berkata "Awe duduklah dulu, tak payah kira hal sewa menyewa lagi". Tuan rumah itu menyerahkan kunci rumah agam berkenaan tanpa banyak cerita. Sepupu saya pun teruslah pindah ke rumah itu pada petang itu juga.

Setelah mencuci rumah seala kadarnya. Rumah itu mempunyai 5 bilik. Dia pun masuklah ke satu bilik yang paling besar berdekatan dengan telaga/perigi yang dibina di dalam rumah lengkap dengan bilik mandi, tandas dan ruangan membasuh. Dia berkemas dan tidurlah dia di dalam bilik itu. Malam pertama di situ tidak ada apa-apa pun berlaku. Dia tidur nyenyak hingga ke subuh.

Malam kedua dia tidur di bilik yang sama dan pagi esoknya bila tersedar dia berada di tangga rumah itu. Dia merasa pelik, bila pula dia bangun dan tidur di situ?

Malam ketiga dia tidur di atas katil di dalam bilik. Tapi bila sedar pagi esoknya dia dapati berada di tepi telaga di ruangan membasuh pula!

Macam itulah pula seterusnya berlaku pada malam berikutnya. Tidurnya dialih dan pakaiannya diselerakkan. Bunyi pelik juga selalu didengarnya dari dapur dan sekitar kawasan dalam rumah. Puas dibacanya ayat-ayat Arqura'an yang sepatutnya. Tetapi tidak memberikan kesan. Jadi dia buat tidak kisah. Masih berdegil dan tidak berpindah.

Dan pada suatu malam bila dia tidur tengah lena, dia tersedar katilnya terangkat dan begegar kuat macam diayak. Dia terjun dari katil dan dengan marah dia mencabar supaya menjelma dan mengajak bertumbuk. Bila dicabar, katil itu terus diletakkan semula tetapi 'penunggu' itu tidak menjelma. Suasana sunyi sepi. Tidak ada bunyi yang menyeramkan seperti selalu. Dia pun sambung tidur sampai ke pagi. Tidak ada apa-apa gangguan.

Sejak dia mencabar dan 'penunggu' itu dicabar pada malam itu, tidak adalagi gangguan. Tidurnya nyenyak dan barang-barang di dalam rumah itu tidak lagi diselerakkan.

Bila cukup sebulan, sepupu saya ini pergilah ke rumah tuan empunya rumah berkenaan untuk berbincang hal sewa dan membayarnya. Bila bertanyakan tuan rumah, dia agak terkejut kerana tuan rumah berkata "Kalu awe nak duduk, bayar jerlah RM50.00 sebulan, sewa bulan ni tak payahlah!".

Kisah ini berlaku pada awal tahun 1980 dan saya pernah tidur di rumah itu sebelum sepupu saya berkahwin. Bila dah kawin dia pindah ke rumah kerajaan.

7 comments:

  1. berani sungguh.. macam mana nak berani macam tu yer.. paling tidak pun macam pak din

    ReplyDelete
  2. Memang anak jantan.

    ReplyDelete
  3. Memang kasi jerkah sma hantu...satu petua yg kawan saya pakai bila kena kacau. Bila cabar tak berani dah...

    ReplyDelete
  4. patut RM50 je.

    http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/06/diari-seekor-biawak.html

    ReplyDelete
  5. hantu tu kata awe tu lebih hantu dari dia...

    ReplyDelete
  6. salam Pak Din..
    kalu nak tahu camtulah caranyer..kasi jerkah satu kali..tengok reaksi depa...depa nie provoke pandailah..sekali kena jerkah/tempik..diam jer

    mr edz; berani takleh diajar..cuma kena praktis....hee hee hee back to basic

    ReplyDelete
  7. Dia memang berani. Tapi orang yg lebih penakut drp dia pun boleh jadi berani kalau kena gaya,masa terkejut atau marah.. Allahu aqlam.

    Mungkin penunggu rumah tu jenis jin Islam kut Pak Din? Jadi dia nyakat orang setakat patut patut saja. Baca Quran pun dia tak lari jauh...atau dia baca tak cukup 'power', Pak Din?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa