Wednesday, July 20, 2011

" I Love You FRU..! " Dari Albanjari





Saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Supt (B) Sulaiman Menga Din ketika berkata "jika FRU bertindak kasar semasa perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari, sudah pasti ramai yang akan berada di hospital atau sebagai pesakit luar".

Saya fikir beliau ada masalah hati. Orang yang bangga dengan perbuatan salah terlepas daripada penghormatan saya. Beliau juga mendakwa FRU menggunakan pendekatan paling minimum untuk menyuraikan perhimpunan dan ia mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP). Saya fikir beliau baru keluar dari gua. Jika seseorang mempunyai akses internet dan melihat bagaimana polis memukul orang yang ditahan dan diikat tangan mereka, dan juga bagaimana polis tidak mempunyai alat untuk membuka ikatan tersebut ketika situasi cemas, cukup untuk menunjukkan bahawa SOP yang dibentuk itu cincai, tidak demokratik dan zalim.

Negara memang perlukan institusi polis, tetapi institusi yang bagaimana itu harus

Dari blog albanjari

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa