Tuesday, July 19, 2011

Kalau Benar Memang Betul-Betul Tidak Patut

SHAHRIZAT DIHINA PELACUR UMNO KETIKA ZIARAH JENAZAH DR. LO'LO!!

Begitu murni hati Menteri Wanita kita Datuk Seri Shahrizat yang sanggup hadir pada hari kematian Allahyarhamah YB. Dr. Lo' lo. Shahrizat sempat bertemu keluarga arwah, berpeluk dan menenangkan salah seorang anak arwah (gambar pertama). Apa yang lebih memilukan, kehadiran Shahrizat bersama beberapa wakil Wanita UMNO Malaysia disambut dengan penuh rasa kekeluargaan. Timbalan Ketua Muslimat PAS, YB. Dr Mariah dikatakan menyambut kehadiran Shahrizat dan sepanjang Shahrizat di lokasi, beliau banyak menenangkan pihak keluarga, sahabat handai malah Dr. Mariah sendiri yang merupakan salah seorang sahabat karib arwah turut ditenangkan Shahrizat (gambar ketiga di atas) memperlihatkan keakraban hubungan sesama Muslimah di antara Wanita UMNO dan Muslimat PAS. Semoga amalan ini akan terus kekal hingga akhir hayat. Antara kata2 Shahrizat yang benar2 terlihat rauh wajah keikhlasan beliau (merujuk Video Minaq Jinggo), "Alhamdulillah, ramai yang hadir berdoa untuk arwah dimasukkan ke Syurga." Tengok, sempat Shahrizat doakan arwah masuk Syurga. Kita UMNO disumpah2 orang PAS ahli Neraka. Bunyi macam Melayu CinDia marah ni. Bukan apa. Rakan2 wartawan ada memberitahu ada 2 3 ekor betina PAS sempat lagi mengumpat dan menghina Shahrizat semasa tiba di lokasi. "Huh. Dah mati baru nak datang. Masa hidup tak nak pula jumpa. Ala, Pelacur UMNO macam tu!!" Layakkah betina2 PAS itu digelar seorang Muslimat yang solehah? Jaga skit akhlak tu kak. Jangan pakai je tudung labuh. Akan tetapi menjadi tempat persembunyian Syaitan. Namun begitu, Muslimat2 PAS yang lain dilihat sangat mesra bertemu Shahrizat. Ianya membuktikan bahawa Shahrizat seorang Ikon Wanita.

Sumber dari sini

19 comments:

  1. Sudahlah tu...jgn buat buat cerita,benar atau salah terserah kepada ALLAH ,biar bagaimanapun Datuk Shahrizat telah menunaikan hak simati iaitu menziarahi dan mentakziah keluarganya serta mendoakan arwah,semoga arwah dan penziarah sama sama dirahmati ALLAH...Amin

    ReplyDelete
  2. cuma kita tak faham aurat wanita UMNO ni??????

    ReplyDelete
  3. macam karang budak darjah satu ... patutlah gagal periksa.

    ReplyDelete
  4. DR.G.

    Apa nak buat. Tanggung jawab dia dan suaminya. Kita hanya boleh nasihat dari jauh.

    ReplyDelete
  5. otaistillkick

    Anda bukan nak periksa cara penulisan dia kan? Anda nak tahu isinya!

    ReplyDelete
  6. Assalam tuan, kita tidak tahu citer ini benar atau salah atau diada-adakan bagi memburukkan muslimat PAS. Lebih-lebih lagi kalau sumber beritanya dari UMNO. Selama Panglima di dalam PAS...Panglima tidak pernah mendengar Muslimat Pas bersuara seburuk dan selancang itu. Moga cerita ini tidak benar.

    ReplyDelete
  7. cuba cek sumber artikel ini diambil....rasanya dr sumber yg tak berapa boleh dipercayai..

    ReplyDelete
  8. Datuk Shahrizat datang sebagai seorang yang mengenali arwah semasa hidupnya. Saya tak yakin peristiwa ini dibuat oleh golongan cerdik pandai dan profesional dalam PAS. Kalau berlaku pun, mungkin orang yang rasakan dirinya lebih Islam daripada manusia lain. Moga Allah mengampuni dosanya. AMIN..

    ReplyDelete
  9. W'salam Panglima,

    Pada saya tak boleh nak tolak terus sebab di dalam parti mana-mana pun manusia terdiri dari pelbagai perangai serta keegoan dan tahap IQ.

    Pernah salam saya tidak dijawab oleh Ahli Pas yang berserban ketiga menziarahi Jenazah seorang sahabat mungkin kerana saya tidak berkopiah!

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Pada saya walau dari sumber mana pun kita harus baca, fikir dan nilai.

    ReplyDelete
  11. Brahim Nyior

    Beliau ziarah di atas kapasiti seorang sahabat dan saudara seagama bukan di atas batang tubuh orang politik. Jadi belau harus dihormati sebagai seorang sahabat bukan di caci (kalau benar)

    Saharizat, sacara peribadinya saya pernah berbual dan minum bersama di suatu petang di PCB. Saya dapati beliau adalah jenis humble dan bukan dari jenis membesar diri. Di masa itu saya panggil dia YB. tetapi dia menegur saya supaya saya saja dia 'akak' dan belau bahasakan dirinya 'akak'

    Pada saya dia cuba asingkan diri diantara Saharizat Ketua Wanita UMNO dan Saharizat di kalangan masyarakat umum.

    ReplyDelete
  12. memang sifat manusia jahil tidak terbatas dalam mana2 kumpulan
    ..tapi petikan dalam "dengar-cakap" dan dimuatkan dlm tulisan serta disiarkan untuk bacaan semua pengunjung..rasanya kurang tepat..setahu saya dari sudut islam..kalau kita tidak ada bukti yg kukuh utk sokong dakwaan lebih baik diam sajalh, Allahua`lam.

    ReplyDelete
  13. kalau betul cercaan muslimat pas itu betul..tentulh berdosa..tapi kalau tidak betul pembawa berita dapat 3 pelaburan dosa, 1. fitnah terhadap wanita muslim 2. reka cercaan terhadap pimpinan umno itu dan 3. sebarkan berita yang tidak dapat dibuktikan kesahihanya dan harap agar pembaca mempercayainya ( Allah minta kita selidiki setiap punca berita).Allahua`lam.

    ReplyDelete
  14. Anonymous,

    Mengikut penilaian saya, rasa saya ketiga-tiga Anonymous di atas adalah orang sama.

    Pertama cuba baca sekali tajuk N3 ini.

    kedua saya dah tulis dalam komen kat atas tu "baca, fikir dan nilai"

    Itulah sebabnya saya katakan "IQ manusia perbagai tahap" Saudara/i tidak faham kenapa saya pastekan N3 ini di blog saya!

    Anda harus fahami hakikat "Tidak ada manusia yang semuanya betul dan tidak ada manusia yang semuanya salah. Jadi yang penting "Baca atau dengar, fikir dan nilai"

    Sedangkan Nabi lagi ditegur Allah akan kesilapanya!

    ReplyDelete
  15. Salam........sudah menjadi tabiat manusia mempunyai mata dan lidah yang keji. Sebagai seorang muslim selayaknya beliau datang melawat walaupun berlainan fahaman politik. Fahaman politik itu bukanlah akidah tetapi perjuangan masing masing. Soal keihlasan hati beliau bukanlah kerja kita menilainya. Manakala umpatan muslimah pas itu adalah kerana kelemahan akal mereka.

    ReplyDelete
  16. Panglima Muda

    Benar tu Panglima. Kelemahan manusia tetap ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  17. Ye ke pergolakan umno-PAS bukan kerana akidah. Kena selidik tu bro....

    ReplyDelete
  18. Mazwandi Mustaffa

    Pada saya memang akidah. Tetapi memberikan penghormatan terakhir kepada siMati adalah sesuatu yang harus dipuji walau pun dari mana dan agama mana sekali pun. Inikan pula dari kalangan Melayu dan masih mengaku agama Islam.

    Kita seharusnya mempunyai hati dan akal yang terbuka. Ikutlah 'Petua' Saidina Ali R.A. "Selagi dia Bersyahadah, maka dia adalah Islam"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa