Wednesday, July 13, 2011

Puak-Puak Lo Ni, Lagi Berganda Jahatnya

Petang semalam saya ke rumah seorang sahabat saya yang menyara keluarganya dengan membaiki komputer. Saya ke rumahnya kerana mencari Hard Disk untuk gantikan Hard Disk saya yang rosak. Sahabat saya ini adalah anak kepada bekas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) ketika BN memerinah Kelantan satu ketika dulu.

Dalam pada menunggu dan mencari Hard Disk, saya disapa "Tak pegi perhimpunan BERSIHkah?"

Saya jawab "Tidak, sebab nak sampai KL pun satu masalah, banyak Road Block. Biar orang yang berdekatan yang pegi, kita sokong dari jauh jerlah"

Dalam pada itu timbullah persoalan antara kami berdua 'Adakah patut Kelantan diberikan Wang Ihsan sedangkan Kelantan patut dan layak terima Royalti'

Saya kata Wang Ihsan hanya layak diterima oleh Pengemis! sedangkan Royalti adalah hak kita yang sahih mengikut perjanjian. Kita hilang maruah kerana terima Wang Ihsan. Memang patut Wang Ihsan disalurkan melalui JPP kerana Kerajaan tidak ada maruah merompak hak orang lain dan JPP pula hanya budak suruhan.

Bapanya kata "Puak-puak ni memang jahat!"
Saya kata "Kita dulu masa berkuasa kan jahat juga"
Jawabnya lagi "Betul kita pun jahat dulu, tapi puak-puak lo ni lagi berganda jahatnya"
Saya hanya ketawa mendengar jawapan beliau.

Saya cuba cungkil dengan berkata "Najib ni pula lembik entah dengar nasihat siapa. Tak macam semasa dia jadi Ketua Pemuda UMNO dulu, tegas dan berani"

Jawabnya pula "Najib lembik kena bomoh kat bini, Bininya kuat berbomoh!"
Saya hanya diam kerana saya tidak tahu hal sebenar. Apa yang saya dengar hanya cakap-cakap saja. Tiada pengesahan.

3 comments:

  1. kena baca ayat ruqyah kat najib nih

    ReplyDelete
  2. kalo dh org BN sendiri mengaku, dh jelas la segala tuduhan yg dilemparkan tu sememangnya berasas...tunggu ajolar BN berambus drpd Putrajaya, rakyat pun mmg dh standby nk pangkah lambang selain drpd dacing tu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa