Sunday, July 31, 2011

Sebenarnya Biadap Ada Di Mana-Mana Saja

Persoalan Agama Islam juga sama. Semua yang mengaku Muslim merasa dirinya lebih beragama dan faham lebih dari orang lain. Tapi hakikat sebenarnya akan terserlah dari kelakuan kita, percakapan kita dan penilaian kita terhadap perkara buruk dan baik, serta melalui tindak tanduk kita sendiri tanpa kita sedari.

Maka selain Allah, manusia juga menilainya!

Tindakan biadab, kata bekas presiden Abim

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Mohd Razak Idris menyelar tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang cuba memberikan “hadiah” berupa pakaian dalam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kelmarin Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Lim sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya.
Razak berkata tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri yang diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman itu satu perbuatan tidak berakhlak dan melanggar amalan orang Melayu di negara ini.

“Saya menyeru kepada pihak yang terlibat ini memohon maaf kepada beliau (Lim) kerana telah melanggar batas susila yang dianjurkan ajaran Islam,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah sebarang pertikaian politik hendaklah dibuat dengan saluran yang betul dan bukan bertindak di luar batasan.

“Saya berharap supaya sebarang pertikaian politik dan ketidakpuasan hati tentang urusan pentadbiran negeri diluahkan dengan cara yang beradab pada masa akan datang.

“Jangan sesiapa merosakkan imej baik umat Islam yang menjunjung tinggi ketinggian budi dengan perbuatan yang berunsur biadap seperti itu,” katanya.

Pada sidang media yang diadakan di Komtar, George Town kelmarin Mohamed Ghani berkata “hadiah” itu diberikan kerana sikap Lim dan beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, yang didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau bintang itu dijadikan hadiah kerana ia simbolik menandakan Lim dan Ng sebagai tarzan serta menggelar semua pemimpin kerajaan negeri sebagai harimau.

“Maskot Kerajaan Negeri bukan kucing dan kononnya mengamalkan dasar cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), tapi sebenarnya adalah harimau. Oleh kerana dia tipu rakyat, kita hadiahkan coli dan seluar dalam kepadanya.

“Ini tunjukkan ketidakpuasan hati kami sebagai rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri yang selama ini tidak bela nasib kami,” katanya.

Walaupun tiada wakil kerajaan negeri yang menerima “hadiah” itu, kumpulan itu telah menggantungkan coli dan seluar dalam itu di pintu masuk yang menyediakan lif untuk ke pejabat Lim.

Tambah Razak, tindakan Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri itu juga boleh mencemarkan hubungan baik antara orang bukan Islam.

“Kita selaku umat Islam harus mengakui iaitu hubungan kita dengan penganut bukan Islam adalah berasaskan ukhwah insaniah.

“Jangan sesekali mencemarkan hubungan abadi ini oleh sebab permusuhan politik,” katanya.

Saya copy n paste dari sini

Dan baca yang di bawah ini pula :

Wednesday, 27 July 2011

Syukur kita tidak KURANG AJAR macam mereka

Setakat Bersyhadah sahaja bukanlah menifestasi keIMANAN seseorang yang mengaku sebagai umat Islam. Orang Melayu amat sensitif bab Islam ini. Pantang mereka kalau dikatakan kurang Islamik. Malah zaman sekarang ini macam semacam ada riak pula bila masing masing menggelar diri masing masing Ustaz dan Ustazah sebab pakaian yang amat hebat menampilkan bertapa 'kuatnya Islam' mereka. Malah ini pulalah LESEN untuk memburuk-burukkan sesama Islam atau lebih hebat lagi bila berkawan dengan bukan Islam baik sampai nak masuk dalam kain masing masing. Tapi sesama Islam dihina, dicerca, dimaki hamun dan langsung tidak dihargai.

Waliyazubillah, tidak ada antara kita yang KEBAL dari dosa. Malaikat kiri kanan kita tak pernah rehat walau sesaat penafasan kita. Diakhirat besok CCTV kita lebih canggih, malah mulut, telinga, kaki tangan kita sendiri akan menjawab segala apa yang kita telah lakukan apatah lagi bila dosa dengan orang lain.

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan jika setakat pandai blogging menaibkan pemimpin negara sendiri, sesama Islam. Janganlah sibuk dan heboh memburukkan DS Rosmah. Jaga sahajalah isteri dan anak anak dara dan adik serta anak saudara perempuan sendiri. DS Rosmah tidak pernah mengata sesiapa malah jauh untuk menghina dan mengaibkan orang lain. Dia juga tidak pernah berhutang sesen pun pada bloggers yang kononnya bijak sangat membuat gambaran sebegini semata mata untuk 'political mileage' murahan.

Mahu tak mahu tak boleh dinafikan DS Najib bekerja keras untuk Malaysia. Bukan senang menjadi pemimpin. Kalaulah semoa orang tahu bebanan yang ditanggung menjadi pemimpin serta tanggungjawab yang terpaksa dipikul mungkin tak ramai yang terebut rebut nak jadi pemimpin. Pada para pembangkang eloklah cari MODAL lain selain Fitnah. Fikir2kan jugalah KESAN perbuatan sebegini. Jangan diajar anak anak muda kurang ajar, sebab kelak mereka juga akan kurang ajar pada kamu semua. Tunggu sahajalah giliran anda dikurang ajarkan oleh anak didik awak sendiri...
1 comments:

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa