Wednesday, August 17, 2011

Agaknya Kenapa Dia Bantah Ye?

PR bantah BERSIH 2.0 diwakili dalam JK khas

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyarankan kepada kerajaan supaya menolak penyertaan BERSIH 2.0 dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk tujuan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya negara.

NONEMenurut laporanakhbar Berita Harianhari ini, Wan Ahmad berkata jawatankuasa berkenaan sepatutnya hanya dianggotai oleh wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing .

Sehubungan itu, katanya cadangan PKR supaya NGO terutama gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) dilibatkan dalam jawatankuasa itu tidak dapat diterima.

Ini kerana agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding.

"Lebih baik hanya wakil rakyat yang dipilih rakyat menganggotai jawatankuasa itu supaya tidak ada campur tangan,” katanya.

1 comment:

  1. "Ini kerana agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding"

    ...abih tu rakyat nak campak kemana???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa