Sunday, August 28, 2011

Berkokok Berdegar-Degar, Sebiji Telur Pun Tarak!!

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

...26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan Allah SWT untuk "berbahas dengan cara yang lebih baik" adalah seruan Rabbani yang sepatutnya dipatuhi oleh semua insan mukmin yang benar-benar yakinkan ayat Allah SWT.

Jawapan surat beliau yang disiarkan di sini masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada kami. Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan JAKIM? Kenapa dan kenapa?

Jubah mereka itu mungkin "kebal" untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia.

Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia.

... Empat hari lagi berbaki sebelum Aidil Fitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh.

Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah SWT. Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan "kesangsian lama" beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu.

Salinan PDF surat ini disiarkan dengan niat baik agar semua pihak telus dan tembus terhadap apa yang kami lakukan. Kalau ustaz Uthman mahu menyiarkan surat kami yang dihantar kepada beliau, kami ucapkan; Fal yatafaddal masykuran!

Sila siarkan ia dan terimakasih atas penyiaran itu. Ini dilakukan agar ummah menilai yang haq dan batil dan sejarah mencatatkan bahawa usaha Islah ummah ini mesti dilakukan dan 'kemuncup jalanan' yang menghalang Islah Ummah kepada keaslian asal Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi rutin yang mesti dihadapi oleh setiap penerus dakwah Nabi Muhammad SAW.

Salam Iktikaf Ramadan!


Penulis adalah mufti Perlis

Sumber - mk

2 comments:

  1. Salam Tuan,
    Dia ni spesis ayam teloq ka? Pak Long tak tau la pulak... haha...

    Salam eidulfitri buat Tuan sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. W'salam Pak Long

    Rasanya jenis ayam pondan, tahu berkokok tak tahu bertelur. Bila minta bertarung, menyelit di celah kepak!

    Selamat Hari Raya buat Pak Long dan Mak Long juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa