Tuesday, August 23, 2011

Ini Doa Ke Apa?

Blogger ini berdoa supaya perkara ini terjadi kepada Pemimpin dan Penyokong PR atau apa?

Walau pun berlaku pertentangan fahaman politik, tapi takkanlah ini yang diharapkannya?

Nama blognya hebat.

Kalau inilah gaya pemikiran seorang AJK Bahagian, maka amatlah malu Ahli-Ahli Bahagian berkenaan. Dia ni belajar setakat darjah berapa agaknya yer?

Nak kata bebal, dia dipilih oleh Ahli Bahagian. Nak kata Islam, bukannya berperangai Islam! Entahlah.


PERKARA-PERKARA YANG TIDAK INGIN TERJADI PADA ANUAR DAN PUAK-PAKATAN PENIPU


Tiga lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera selepas dipercayai disambar petir dalam kejadian di tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika hujan ribut dan pada masa itu ketiga-tiga mangsa berada di luar rumah kongsi serta berdiri di dalam lopak air.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd Nasir, 46, manakala seorang identiti mangsa yang cedera dikenali sebagai Som, 20, dan dua lagi mangsa belum dikenal pasti.

Rakan baik mangsa yang hanya mahu dikenali Sunartom, 42, memberitahu, sebelum kemalangan malang itu, kesemua pekerja lain sudah masuk ke dalam rumah setelah kerja pembinaan dihentikan berikutan hujan lebat.

Katanya, tiga mangsa masih berada di luar rumah ketika itu dan ditemui dalam keadaaan terbaring sejurus selepas bunyi petir kuat berdentum.

"Saya pun menjerit minta pertolongan rakan lain dan apabila kami mengangkat mangsa di lokasi kejadian, mereka sudah tidak bernyawa lagi," katanya ketika ditemui pemberita di sini,hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi pekerja termasuk seorang wanita yang berada di dalam rumah juga mengalami kecederaan dipercayai terkena kesan akibat panahan petir itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes kematian mengejut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa