Saturday, August 6, 2011

Ini Pun Satu Jenis Ngong Juga.....

Ini pun satu jenis ngong juga. Cakap jerr banyak. Tindakannya apa?
Semua rakyat yang berjiwa petriotik amat marah kerana tindakan gila ini. Tapi di mana Katak Gemuk PERKASA?

Di mana pula manusia yang berdegar-degar kononnya melindungi hak Melayu dan rela korban jiwa mempertahankan Tanah Air?

Di mana dia segaja Jenis Guru Silat yang cakap berdegar-degar sebelum ini? Di mana pula kumpulan songkok tinggi yang bergelar PAKIDA?


200,000 warga Indonesia didaftar pengundi, dakwa Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

NONEAnwar dipetik olehThe Philippine Starsebagai berkata, beliau menerima
laporan mengenai dakwaan tersebut dan menambah rakyat Filipina di Sabah juga didaftarkan dengan syarat mereka mengundi menyokong kerajaan BN.

"Saya percayakan rakyat Malaysia. Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi alat (pawn) Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” Anwar dipetik berkata demikian oleh portal berita tersebut sewaktu lawatannya ke Manila.

Komen Anwar (kanan) itu adalah ekoran kontroversi baru-baru ini di mana penduduk tetap yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru dalam daftar tambahan pemilih terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hanya empat jam selepas Malaysiakini melaporkan bahawa Mismah telah menjadi pengundi walaupun hanya seorang penduduk tetap, statusnya kemudiannya menjadi warganegara.

Menurut undang-undang pilihan raya, SPR mengemaskini daftar pemilih setiap tiga bulan melalui draf daftar pemilih tambahan suku tahun dan hanya warganegara dibenar didaftarkan sebagai pengundi, dan pengesahannya dilakukan melalui sistem agensi itu (Alis) yang disambungkan ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Dakwaan bahawa rakyat asing didaftar sebagai pengundi untuk meningkatkan sokongan kepada parti-parti politik yang memerintah, sentiasa dibangkitkan oleh badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 dan parti pembangkang, tetapi ia sentiasa dinafikan oleh SPR

- mk

1 comment:

  1. Salam, Pakdin.

    Rasanya jika Anwar berhujah tanpa fakta, boleh saja sebutkan berapa.

    Maaflah Pakdin, saya semakin kurang meyakini Anwar akhir-akhir ini. Saya tetap dengan stand dahulu, tindakan PAS kekal dalam PR adalah kesilapan.

    Lihat saja isu terbaru apabila Khalid Samad 'menyembelih' Hasan Ali kerana JAIS menyerbu gereja baru-baru ni.

    Saya mohon maaf sekali lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa