Wednesday, August 3, 2011

Penipu Yang Tongong!

Kalau pun nak menipu dan bohong pun, biarlah siGila boleh percaya.
SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata A
bdul Aziz dalam SMS kepadaMalaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.

Dari mk

3 comments:

  1. Ini lah muka penjual kerakyatan Malaysia...semoga Allah beri kemenangan untuk PR dan kita akan saksikan dan londehkan kesalahan yg depa buat selama berkuasa ni...ptuiiii

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar Lgai Mana Berkuasa. Segala kekuatan dan Kegagahan hanyalah milik Mu Ya Allah Tuhan semesta Alam.. sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Bulan yg dimakbulkan doa bagi org yg berpuasa semata2 kerana MU, Aku sebagai hambaMU yang amat lemah, tidak berdaya dan teraniaya oleh pemimpin yg zalim ini memohon agar diselamatkan negara kami dan anak cucu kami dari pengkhianat negara seperti ni dan mereka yang bersekongkol atas sebab apa pun. Laknatlah mereka ini sekiranya mereka tidak kembali jalan yg lurus dan sekiranya itulah yg terbalik buat mereka. AMIN Ya Rabbal Alamin

    ReplyDelete
  3. salam ayahnda
    selamat berpuasa dan sihat selalu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa