Saturday, August 13, 2011

Soalan Bodoh, Jawapan Pun Bodohlah

Bila baca jer tentang JAIS dan Gereja teringatkan Pak Katak Lompat 'Panglima Ketuanan Melayu' Abe Him (Brahim Ali) kita.

Beliau selaku Pengerusi Mesyuarat yang membincangkan Aturcara satu sambutan penghargaan kepada satu pasukan lasak yang menaikkan nama negara.
NONE
Peristiwa ini berlaku satu ketika dulu. Cerita lamalah nii..

Ketika itu beliau masih lagi menjadi YB BN. Saya hadir sebagai wakil Persatuan Mendaki Kelantan yang dijemput oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Turut berada di mesyuarat itu yang saya ingat ialah Ketua Jajahan Pasir Mas (DO), Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Wakil Pengarah Jabatan Belia, beberapa wakil NGO lain dan orang-orang penting UMNO bahagian Pasir Mas.

Bermula mesyuarat beliau minta semua ahli memperkenalkan diri masing-masing.

Tiba giliran saya, saya pun perkenal diri dan jawatan saya di dalam persatuan. Dengan sinis beliau mengajukan satu soalan bodoh kepada saya.

Katanya "Persatuan Mendaki di Kelantan ditubuhkan nak rukah (panjat) gunung mana?"

Dia ingat Persatuan mendaki ditubuhkan semata untuk mendaki. Ngok sungguh!

Saya tahu soalan sinis itu ditujukan kerana saya tahu dia tidak berapa ngam/selesa dengan Presiden Persatuan yang sama-sama di dalam UMNO dengan beliau. Masalah rebut jawatan peringkat negerilah kot?

Kerana soalan bodoh, maka saya pun jawab dengan jawapan bodoh dan sinis jugalah.

Saya jawab "Benda yang paling dekat dan senang, panjat Perut Dato' Pengerusilah kot?"

Langsung dia terdiam dan teruskan mesyuarat.

2 comments:

  1. pandangan ambo la, Dato' ni gemar buat lawak, dale mesyuarat kita tak perlu straight sangat , celoteh kena ada jugok, benda lagu tu mungkin boleh merapatkan lagi silaturrahim.... mungkin demo ni dah tertanam dgn perasaan anti Dato' kot... berbaik sangka itu penting, tak perlu pongoh tapi tu hak anda

    ReplyDelete
  2. Sdr. MONTERO.

    Saya bukan tak suka dia secara peribadinya. Malah saya kenal dia sejak dia di dalam berjasa lagi (Ketua demonstrasi kat Kelantan dulu)

    Masa itu sekiranya ada masa lapang saya ke Sek. Swastanya di Jalan Telipot untuk bersembang. Saya boleh kata kenal perangai dia. Stail dia berbahasa dengan mimik muka.

    Saya tahu bila dia bergurau dan bila dia serius.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa