Thursday, August 25, 2011

Tinggalkan Lumut Dengan Perasaan Terkilan Dan Geram

SAJA NAK LUAHKAN RASA HATI SEORANG AYAH

Saya pulang pada 21 Ogos jam 3.00 petang bersama isteri dengan hati yang terkilan bercampur geram. Pada mulanya berhajat nak bawa Along pulang bersama memandangakan Along masih lagi sakit dan cukup lemah.

Sekiranya Along bersama kami di rumah, Along akan mendapat jagaan dan perhatian sepenuhnya dari Mamanya. Ketika kami di sana memang Along agak cepat pulih dalam jagaan Mamanya.

Sebelum discharged dari Hospital Suaminya sudah minta nasihat dan kebenaran Doktor Pakar yang merawat Along untuk dibawa pulang ke Kelantan memandangkan Along diberikan Cuti Sakit sehingga 10 Sept.

Tup.. tup Pegawainya (C.O) yang berpangkat Komander/Lt. Kolonel pula yang mengada-ngada tidak benarkan dibawa balik ke Kelantan tanpa alasan (alasan bodoh). Kononnya Along akan dihubungi sekiranya ada masalah tentang kerja-kerja di pejabat!

Along telah diberikan Cuti Sakit, tidak 'fit' untuk bertugas dan diarahkan berehat sepenuhnya di rumah.

Kalau dah Doktor Pakar berikan lampu hijau dia (C.O) pula yang 'lebih sudu dari kuah'. Apa ke jadahnya dia nak tahan sedangkan Along diarah berehat oleh Doktor.

Dia ni pada saya jenis bingai yang 'taksubkan kuasa'. Saya banyak dapat maklumat kebingaiannya sehingga ada Anggota yang terpaksa menerima rawatan Pakar Jiwa akibat tekanan dan layanan semasa kerja.

Saya memang bercadang nak berjumpa dengan C.O ni nak berbincang dan dapatkan kebenarannya dengan cara baik tetapi Along tidak bersetuju sebab dia bimbang saya akan bergaduh kerana dia kenal benar sikap dan keangkuhan C.O dia ni.

Niat saya kalau saya jumpa C.O ini tapi tak jalan, saya akan jumpa Pangliam pula. Dan kata putus dari Panglima saya akan akur.

Tapi Along menegah saya kerana takutkan tindakan susulan dari C.O yang bingai ni....

4 comments:

  1. Satu sudut, memang bingai C.O. Along ni Tuan. Tapi dari sudut yang lain, mungkin perangai dia tu adalah ujian untuk melipatgandakan pahala Tuan sekeluarga.

    Wallahualam. Selamat Hari raya Tuan.

    ReplyDelete
  2. Tok Harimau-Menaip.

    Ujian bulan puasa...!

    ReplyDelete
  3. Mungkin C.O ni je yang bangang C>O lain baik fikir wahai C.O tanpa STAF di bawah siape kamu semua.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang ramai pegadawai, bukan pegawai bak kata pegawai latih aku masa kadet dulu yg banyak menasihatkan anak2 didiknya supaya menjadi pegawai yg baik dan berdidikasi dan banyak bertimbang-rasa kpd anggota bawahan. Tanpa naggota siapalah seorang pegawai. Tetapi memang ada segelintir pagadawai yg bersikap angkuh yg aku rasa bukan sebab kurang latihan tetapi keangkuhan yg lahir dari batang tubuh itu sendiri... kebanyakkannya yg jadi pagadawai ni... masa kadet dulu amat "potoi" (ungkapan yg diguna masa time aku dulu utk kadet2 yg bodoh-sombong) yg cediknya tak boleh diikut dan bodohnya pula tak boleh diajar... buat kepala batu sendiri... walauapapun aku salute kat along sebab dizaman aku dulu aku memang respect kpd wanita2 yg sanggup menempuh kepayahan semasa latihan tentera. Syabas along... kekalkan expredicor.. "coup-de-etat"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa