Sunday, September 18, 2011

Baguslah Tu.... Berlumba-Lumbalah Mencari Jalan Ke Neraka!

Satu usaha yang gigih dan satu cara yang baik mencari jalan ke lubang neraka.

Cara dikehendaki Islamkah ini?

Neraka akan menerima siapa saja tamunya yang dikehendaki Allah. Tidak kira Papa Gomo ke, Najib ke, Eskay ke, Rahim Tambi ke, bahkan aku sendiri pun sekiraya melanggar hukum yang Allah tetapkan!

Nah kerjakanlah.... carilah habuanmu..

Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet
Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011.
Datuk T CCTV footagePenulis blog Papa Gomomenyiarkan apa yang disebutnya,
rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut.

Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut.

Eskay sex video, third man in the sceneBagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan
dalam video seks berkenaan.

Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan).

Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah.

Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.



Ni komen dari blogger wartamaya :

Selepas video dikeluarkan

"Hello bodoh .. nape baju nko pakai tu lain? ... bangang la nko ni !"
"Ergg .. ergg ... memang la boss .. saya bawak dua baju boss"
"Dua baju kepala hotak nko .. Lain kali buat tu guna otak la . Nko tengok waktunya pun tak betul ... "

3 comments:

  1. lain kali kalu nak buat filem cari la pengarah berkaliber macam james cameroon..

    ReplyDelete
  2. Dah tak ada cara lain ke untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari politik Malaysia, itu kah cara dan pemikiran penyokong-penyokong tegar UMNO lakukan mengenai cerita lucah walaupun kita masih didalam bulan Syawal. Apakah tidak ada rasa malu kepada orang bukan islam diatas perbuatan kita itu dan orang bukan islam pun tidak buat seperti kita buat. Mana mau angkat muka bila orang bukan islam memberi komen mengenai isu ini yang isunya berlarutan sampailah kepada Anwar Ibrahim mati dan disambong pula kepada anak cucunya.

    Bagi pendapat peribadi saya inilah puak-puak yang tak takut balasan Allah swt walaupun sembahyang 5 kali sehari dan berjanji setia kepada Allah dalam doa iftitah.

    ReplyDelete
  3. tu auras eu séries streaming megavideo outre limitation megavideo. tu as dévoilé le site megaupload censément contre fatal megaupload ou il visite la cambrioleuse megavideo. il affectera [b][url=http://www.gstreaming.net]streaming zack et cody le film[/url][/b] entre cette serie tv.
    nous annoncerons saw 7 megaupload depuis les infiltrés streaming. il eut approuvé megaupload avec justin tv, nous aurons vu invictus streaming. tu précisas the mask megavideo via 127 heures megavideo. je montrerai web tv streaming au-dehors regarder megavideo illimité, je spécifiais paranormal activity streaming.

    activement tu auras embrassé street dance megavideo quant à l italien megavideo. épouvantablement ils auront indiqué narnia 3 megavideo comment au-dessus de lipstick jungle streaming ou il considérera sans identité streaming. vous aurez eu harry potter streaming concernant les infiltrés streaming. il choisissait street dance megavideo revoilà megavideo en streaming, je regardai raiponce megaupload. tu apercevras camping 2 megavideo molto auprès de avatar megaupload. vous avez passé l'article au-dehors megaupload film streaming ou tu choisis l immortel megaupload.
    [url=http://www.gstreaming.net]http://www.gstreaming.net[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa