Thursday, September 8, 2011

Bernas Dari Aspan Alias

Hentikan polimik Mat Indera ini


Keluarga Mat Indera mahukan nama Mat Indera dicatatkan sebagai pejuang pembebasan negara (freedom fighter). Baharom Shah adik kepada Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Indera itu berkata Mat Indera adalah seorang begitu komited dengan agamanya merupakan seorang benar-benar seorang freedom fighter bagi membebaskan negara kita dari penjajahan British.

Baharom Shah mahukan saudara kandungnya itu diiktiraf oleh kerajaan sebagai pejuang nasionalis dan bukannya sebagai pertualang kepada kerajaan Malaya kerana semasa itu kita belum berkerajaan sendiri tetapi dibawah kerajaan penjajah British.

Pada tahun 2004, Yayasan Warisan Johor telah mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang yang sebaris dengan almarhum Sultan Ismail dan kesemua pejuang kemerdekaan dari Johor.

Apabila kita mempersoalkan isu pejuang negara kita mesti asingkan politik dari isu sebenarnya. Sekarang ini kita membawa isu ini terlalu jauh dan pihak BN khususnya UMNO telah mempolitikan isu ini dengan membabitkan isu komunis semata-mata kerana yang bercakap secara terbuka mengakui dan mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang pembebasan negara.

Tetapi kalau pihak BN yang mengakuinya saya yakin Utusan tidak akan memulakan polimik yang membazir masa ini berlaku di hadapan rakyat yang sudah mual dengan isu-isu yang dipolitikan kerana keadaan terdesak pihak pemerintah pada masa ini.

Secara resminya Yayasan Warisan Johor telah memberikan pengiktirafan kepada Mat Indera sebagai pejuang pembebasan negara dan Mohamad Sabu hanya bersama-sama mengakui hakikat ini. Pengakuan Mohamad Sabu ini telah diselewengkan kerana politik anti Mohamad Sabu yang dilancarkan oleh Utusan, akhbar kepunyaan UMNO ini.

UMNO perlu membuat kenyataan rasmi sekarang untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai pengganas komunis dahulu sebelum menuduh dan cuba melibatkan Mat Sabu sebagai orang yang bersimpati dengan komunis.

Setelah UMNO menentukan sikapnya yang menuduh Mat Indera sebagai pengganas komunis maka barulah Khairy Jamaludin atau sesiapa di dalam UMNO untuk berdebat dan bertikam lidah di mana-mana yang beliau suka. Saya menghormati Khairy tetapi Khairy carilah isu lain kalau hendak berdebat kerana masyarakat tahu isu komunis yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS ini hanyalah isu yang dipolitikan untuk menagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti. Itu sahaja.

Dalam politik sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betinanya. Elok kita fokuskan kepada isu lain dari isu Mat Indera kerana Mat Indera telah pun di akui sebagai pejuang kebebasan oleh Yayasan Warisan Johor dan tidak ada sesiapa yang mempersoalkannya. Jika pihak UMNO hendak berbahas juga dengan Mat Sabu maka UMNO terpaksa mengambil pendirian yang Mat Indera itu adalah petualang kepada negara. Mahukah UMNO mengambil pendirian itu?

Yang benar tetap benar. Kita mesti mengakui yang UMNO (asal) dulu adalah badan politik yang menyudahkan proses membebaskan negara dari penjajahan British. Sebelum tertubuhnya UMNO itu banyak badan-badan lain telah bertindak untuk mencapai kebebasan itu tetapi British tidak mahu memberikan kebebasan kepada mereka walaupun Britain telah mengambil sikap untuk memerdekakan negara-negara yang mereka jajahi selepas perang dunia yang kedua dahulu lagi.

Elok kita tinggalkan isu Mat Sabu ini di belakang kita kerana memperbesarkan isu ini mungkin akan terpaksa pula kita semua menulis kembali sejarah kita sendiri. Kita mesti sedar sejarah adalah permainan persepsi.

Nelson Mandela yang dipenjarakan selama 26 tahun oleh kerajaan Afrika Selatan (apartheid) telah di anggap sebagai ‘traitor’ oleh kerajaan Afrika Selatan (apartheid) tetapi akhirnya beliau dianggap sebagai hero dan pejuang kemerdekaan negara itu selepas negara itu mencapai kemerdekaan dan terlepas dari cengkaman apartheid itu tadi.

Begitu juga Mat Indera di anggap petualang kepada kerajaan penjajah British tetapi telah di anggap sebagai hero apabila negara kita mencapai kemerdekaan dan telah pun diakui oleh Yayasan Warisan Johor tentang perjuangan kebebasan negara kita.

Tidak usah kita berkelahi kerana isu persepsi ini. Tinggalkan sifat ke anak-anakan kita. Kita semua sudah dewasa dan saya berharap janganlah hendaknya membawa mana-mana pihak untuk menjadi budak-budakan dengan mengenengahkan isu yang tidak ada berkesudahan ini.

Jika UMNO mahu menyebelahi penjajah British, anggaplah Mat Indera ini sebagai petualang kepada kerajaan penjajah itu. Tetapi jika kita mahu menyebelahi semua pihak yang telah berkorban untuk kebebasan kita dari British anggaplah Mat Indera ini sebagai pejuang bangsa.

Bagi diri saya, saya menyebelahi pihak yang menentang penjajahan British dan saya anggap Mat Indera sebagai hero dan pejuang bangsa dan kemerdekaan negara.

Saya tidak tahu pula Khairy (UMNO) menyebelahi pihak yang mana.

3 comments:

  1. Satu kupasan terbaik dari saudara Aspan Alias yang didedahkan oleh mountdweller,Tahniah. Sebenarnya UMNO mengambil peluang ini untuk menutup kelemahan diri yang tak termampu menyelesaikan masalah dalaman parti disamping memberi suntikan semangat kepada penyokong tegar UMNO yang membaca Utusan Malaysia dan saluran TV.

    ReplyDelete
  2. Budak hingusan khairy apa tau pasal sejarah... habis harta negara dia jualnya.. masa zaman dia berkuasa... nasib baik Allah pendekkan tempoh berkuasa budak ni.. klu x.. x tau apa nak jd kt mesia nie..

    ReplyDelete
  3. betul, betul aspan alias.
    tapi, buku sejarah malaysia misti disusun semula.
    dengan fakta yang tepat & betul.
    dan sambutan 16 september ini jangan muka2,
    onn jaafar
    tunku abdul rahman
    tun razak
    mahathir mohd.
    abdullah badawi &
    najib razak
    saja ditonjolkan.
    nak tengok juga muka2,
    ibrahim yaakob
    ahmad boestamam
    bahanuddin al-helmi
    shamsiah fakeh
    chin peng
    rashid maidin
    abdullah sidi
    mat indera
    (kalau boleh mat sabu juga)
    dan ramai lagi,
    yang british anggap sebagai pengkhianat.
    barulah ada erti kita sambut kemerdekaan malaysia.

    - mat tiga suku.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa