Tuesday, September 27, 2011

Hoi Bodoh! Letak Jawatan Pergi Mengaji Dululah.

Sijahil pun nak mengulas dan bercakap tentang Hudud.

PAS Tunduk Kepada DAP Dalam Hukum Hudud: Mukhriz

SUNGAI PETANI: Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam.

Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.

Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalam Al-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kita lakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islam dikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauh lebih ringan," katanya.

- BERNAMA

4 comments:

  1. Salam,

    Cakap orang berbelit2. Dia kornar apa yg dimaksudkan adil tu. Isyyy!

    ReplyDelete
  2. ayah dia kan ostat mahatir alkuty al bana

    ReplyDelete
  3. Kalau tak adil baginya tuan Mountdweller, suruh mukhriz tukar agama laaa.....jangan peluk agama Islam.

    ReplyDelete
  4. Ni namanya batu api...kepala dh jadi batu, tunggu nk kene bakar jer...statement bodoh!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa