Monday, September 5, 2011

Khairy.. Khairy.... Rupanya Kamu Belum Bangun Tidur

Khairy, kamu belum bangun tidur rupanya, atau pun tengah mamai!

Kamu hanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak dihargai oleh pucuk pimpinan parti kamu sendiri. Mat Sabu Timbalan Presiden PAS Malaysia. Jadi tiliklah diri sendiri setaraf atau pun tidak. Kamu ni 'tebolah' atau saja buat-buat 'tebolah'

Mungkin kerana perangai 'tebolah' kamu inilah yang menjadi tilikan Presiden UMNO/Perdana Menteri menyisihkan kamu dari kabinetnya.

Apa yang Mat Sabu kata itu pun tak patut. Adakah patut Ketua Pemuda peringkat kebangsaan diminta berdebat dengan Ketua Pemuda Negeri?

Kalau tadi Khairy mencabar Mat Sabu, seorang Timbalan Presiden peringkat kebangsaan semata-mata hanya nak menjatuhkan Mat Sabu kerana boleh dituduh bacul. Kamu tahu Mat Sabu tidak akan sambut cabaran kamu.

Sepatutnya Timbalan Presiden atau mana-mana Naib Presiden UMNO yang mencabar Mat Sabu untuk berdebat bukannya Ketua Pemuda.

Langkat Silat Politik orang muda, senang sangat ditelah!

Ini apa yang Khairy kata...

Mat Sabu bacul, kata Khairy

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.

NONE"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.

"Tewas sebelum tempur," katanya.

Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy (kanan) berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".



Edit tambah kenyataan Mat Sabu pula :

Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad (bawah) berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

mat sabu pc with salleh man 190811"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Isu pensejarahan kemerdekaan berbangkit apabila Mohamad menjadi sasaran serangan selepas dilapor berkata penyerang balai polis Bukit Kepong Muhammad Indera sebagai wira sebenar.

Rentetan laporan itu, Mohamad Sabu menjadi sasaran serangan di media arus perdana apabila beliau dituntut meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gunBagi menjawabnya, kelmarin, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Umno berdebat secara terbuka mengenai tajuk "Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?".

Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas siapa akan berdebat dengan siapa apabila Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar jemputan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, Khairy dilaporkan menerima jemputan kerajaan Kelantan bagi tujuan itu yang akan berlangsung di Kota Bharu akhir bulan ini untuk berdebat dengan Mohamad.

Akhbar web PAS Harakahdaily pula melaporkan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bersedia berdebat secara ilmiah dengan Khairy berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa