Monday, September 5, 2011

Mana Fatwa Mufti-Mufti Kita?

Cukai Adalah Haram - Fatwa Mufti Brunei

Soalan:

Apa hukum cukai, kerana dalam sebuah kitab ada mencela dengan berbunyi: “Tiada seorang minta hajatnya kepada Allah melainkan pasti akan diberinya kecuali jika ia seorang sihir (tukang tenung) atau penagih cukai”?

Jawapan:

Cukai adalah tegah di dalam Islam, bagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawâjir bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafi’e yang terkenal pada muka 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyîdîn muka 157, 158 dan 253.

Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”

Dan dalam Qurrah Al-‘Ain bi Fatâwa ‘Ulamâ’ Al-Haramain muka 332 dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-‘Allamah Asy-Syeikh Ath- Thahir Az-Zawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah.


Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1985

Nota: siri48/1985

Sumber: USIM


Dan ini : Cukai Haram Di sisi Islam

Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN

SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim.

Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama

Sumber : Utusan Online, 21/06/2011

Cukai Haram Di sisi Islam
Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

Dan dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis!! Wallahu a’lam.

Sumber: http://www.mykhilafah.com/

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa