Thursday, September 29, 2011

PAS Mati Pujuk Bila Bertemu DAP!

Dua tiga hari sebelum mesyuarat PR malam tadi saya dah kata di sembang kedai kopi. Selepas mesyuarat nanti, kenyataan perkara Hudud akan dikeluarkan seperti ini "Hudud tidak ada di dalam kerangka persetujuan bersama PR (Buku Jingga). Pelaksanaan Hudud juga perlukan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan"

Nampaknya apa yang saya jangka hampir benar bukan?

Demi Kuasa Politik PAS Tunduk Kepada DAP

KUALA LUMPUR — Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakatan pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam ini.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.

Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang bercadang untuk melaksanakannya di negeri itu.

Cadangan itu bagaimanapun terus ditentang keras oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh.

Anwar berkata, pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung isu itu.

“Kita mengambil berat pandangan itu dengan serius, mereka (DAP) juga mengkaji dan menghormati (pandangan PAS),” katanya. — BERNAMA - mynewshub

9 comments:

  1. betul pandangan anda jika sekiranya PAS itu hanya sebuah parti politik semata-mata, dan bukannya badan dakwah....

    ReplyDelete
  2. Isu Hudud: Akhirnya kebenaran terpancar jua...!
    Perjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
    Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
    Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
    Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan menawan Putrajaya sahaja...!

    ReplyDelete
  3. Kenapa belum ada penyokong PR yang komen? pakat mati pucuk ke semuanya? atau kata dulang paku serpih?

    ReplyDelete
  4. “Kita mengambil berat pandangan itu dengan serius, mereka (DAP) juga mengkaji dan menghormati (pandangan PAS)" anwar ibrahim.
    Itulah pandangan dan pendirian paling selamat setakat ni. Biar kita kalah dulu tak apa, lepas ni kita kalah lagi dan akhir sekali baru kita kalah pulak he he he he.

    ReplyDelete
  5. apsal TGNA hantar wakil jer... ??? persoklan & persepsi x cantik ..tp seandainya TGHADI yg brade di tmpt TGNA sah2 kene tibai kaw2 pasal melontar isu tp x brani kedepan... hahaha...

    ReplyDelete
  6. aik..kechewa nmpknya tuan? tak hormat pd pimpinan ke?

    ReplyDelete
  7. Aku heran kenapa mereka yang mengaku Islam melompat lompat apabila hukum Allah di tolak.. Agama bukan untuk dipermainkan.. Jika ada yang ingin menegakkan hukium Allah kita sepatutnya memberi sokongan.Tanpa mengira parti.. Jika tak tahu belajar, jika tahu dan merasakan ada kepincangan, tegur.. bukannye bersorak bila hukum Allah ditolak.. Yanya diri adakah kita benar benar Islam?

    ReplyDelete
  8. Hi!Hi! Satu langkah yang bijak oleh PR...Jgn masuk perangkap...kalau berpecah,ketiga gabungan itu akan gigit jari,habuk pun tara..untuk lompatan yang jitu, kdg2 perlu undur kebelakang sedikit... itu dinamakan siasah..yng keciwa itu umno!!!!

    ReplyDelete
  9. keputusan mesyuarat pakatan bukan pasal Pas tunduk kepada DAP atau PKR Vice versa tetapi untuk kepentingan bersama ...Untuk menumbangkan BN yg dah berpuluh thn berkuasa dengan Jseluruh jentera kerajaan yg digunakan agak mustahil untuk dikalahkan oleh mana2 ahli pakatan secara bersendirian Pas mungkin kuat di dua tiga negeri disemenanjung tapi tidak di Sabah dan Sarawak.Jgnlah sombong.. masing tiga gabungan itu memerlukan satu sama lain..Disaat genting ini Pas dan DAP seolah olah termakan umpan dan perangkap MCA dan UMNO.Nanti apa yang terjadi,yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran..padan muka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa