Monday, October 3, 2011

Dahlah Nyanyuk, Lidah Pula Bercabang

Agaknya bagi Mahathir Hudud hanya sesuai dilaksanakan di dalam kubur!

KUBANG PASU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan menentang hukum hudud tetapi pelaksanaanya ia tidak sesuai dijalankan dinegara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hukuman jenayah perlu adil pada semua bukan hanya pada sesuatu kaum sahaja.

Sementara itu, beliau juga mengatakan perlu difikirkan juga perasaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, jika benar Chin Peng mahu kembali ke Malaysia.

"Dia bukan pejuang kemerdekaan tapi berjuang untuk dirikan negara komunis di Malaysia," katanya. - Sinar Utara/Roslinda Hashim

Memang dia ni Keling tulin (lidah bercabang) - Buktinya baca di bawah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa