Thursday, October 27, 2011

Golongan yang Gembira akan Kematian Gaddafi akan Menyesal - Louis Farrakhan

Inilah juga yang saya rasakan. Pembunuhan kejam dan layanan hina terhadap jasadnya akan membuahkan kekesalan dan mungkin juga balasan Tuhan di dunia lagi.

Sama-samalah kita tengok nanti kalau dipanjangkan umur


Ketua pergerakan Nation of Islam, Louis Farrakhan menempelak sikap sesetengah pihak yang 'bergembira' dengan kematian Muammar Gaddafi dan memberi amaran bahawa mereka akan menyesal dengan apa-apa yang dilakukan itu.

Katanya, kematian bekas pemimpin Libya itu adalah satu pembunuhan yang dirancang oleh Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Perancis.

Beliau yang merupakan rakan baik Gaddafi berkata, negara-negara berkenaan bertanggungjawab dalam membantu rakyat Libya menghancurkan pemerintahan Gaddafi, di samping mahu memperoleh 'jalan mudah' untuk mengaut kekayaan sumber minyak Libya.

''Mereka mencipta satu pembunuhan yang berjaya terhadap Gaddafi.

''Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh dipercayai kerana badan dunia itu hanyalah alat Barat,'' katanya ketika ditemu bual stesen radio Chicago, WVON-AM.

Farrakhan berkata, dia mula mengenali Gaddafi sekitar 70-an dan bekas pemimpin Libya yang dibunuh minggu lalu itu pernah memberikan pinjaman sebanyak AS$5 juta (RM15.5) kepada pertubuhannya.

Malah jelasnya, pemimpin Nation of Islam sebelum ini, Elijah Muhammad pernah diberikan pinjaman sebanyak AS$3 juta (RM9.3 juta) oleh Gaddafi bagi menukar sebuah gereja di Chicago menjadi masjid.

''Ia bukan sekadar wang tetapi prinsip hidupnya yang membuatkan kami seperti saudara,'' ujarnya.

Katanya, ketika pemerintahan Gaddafi, hasil minyak Libya digunakan untuk membina sekolah serta universiti bagi meningkatkan kadar celik ilmu dan Gaddafi juga telah berjaya memperbaiki perkhidmatan kesihatan yang dilihat terbaik dalam kalangan negara dunia ketiga. -DCM

Petik dari sini.

1 comment:

  1. Salam Yob,

    Tangan2 setan ni merata2 masuk urusan dunia Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa