Monday, October 24, 2011

Jabatan Penyusah Agama Islam Kota Bharu

17 Okt. 2011 adalah hari istimewa Pak Din di Unit Daftar Nikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Jajahan Kota Bharu. Pak diberikan layanan VVIP oleh seorang petugas kaunter di situ.

Kali ini adalah kali kelima Pak Din ke pejabat itu hanya semata-mata untuk mengambil kad e-nikah Along.

Along dinikahkan oleh Ustaz Ahmad Bin Yunoh, Imam Muda Masjid Telipot pada 13 Mac 2011 jam 10.00 pagi di Masjid Telipot dan saya sendiri serahkan 4 keping gambar Along (2 keping) dan Suami (2 keping) sebagaimana diminta oleh Imam untuk penyediaan Kad tersebut.

Tuan empunya Kad atau wakil diminta untuk menuntut kad berkenaan di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Jajahan Kota Bharu, Balai Islam Lundang selepas sebulan dari tempoh hari ini 13 Mac 2011.

Selepas 3 bulan iaitu pada 12 Jun 2011, saya ke pergi ke Jabatan berkenaan untuk mengambil Kad yang dimaksudkan. Tapi di Kaunter Pak Din diberitahu Kad tidak boleh dibuat kerana Imam tidak serahkan gambar Pengantin! Maksudnya semua gambar yang telah diserahkan, hilang. Pak Din diminta untuk membawa dan menyerahkan gambar yang baru.

Esoknya Pak Din pergilah serahkan 4 keping gambar baru (2 Along dan 2 Suaminya) dan tarikh siap Kad yang diberi adalah 13 Julai 2011 (sebulan kemudian).

13 Julai 2011 Pak Din pun pergi lagi tetapi Pak Din diminta membawa gambar baru Menantu pula sebab gambar yang sedia ada tidak bersongkok!

Sebelum ini tidak diberitahu pun oleh sama ada Imam atau Petugas di kaunter yang gambar lelaki kena bersongkok dan yang perempuan bertudung (tak kisahlah sebab gambar Along memang bertudung).

Tapi yang melegakan Pak Din, petugas kaunter yang melayan Pak Din hari ini agak peramah dan baik hati. Beliau sanggup adakan 'songkok terbang' (edit) untuk gambar menantu Pak Din. Jadi Pak Din pun ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab Menantu dan Along bertugas di Lumut. Nak tunggu gambar baru agak memakan masa. Dan tarikh siap yang baru diberikan adalah pada 13 Ogos 2011.

Hampir sebulan dari tarikh 13 Ogos Pak Din terima pesanan ringkas dari Jabatan berkenaan melalui Handphone yang Pak Din diminta membawa juga gambar ori Menantu yang bersongkok.

Pak Din pun mintalah gambar yang bersongkok dari Menantu di Lumut. Selepas 4 atau lima hari Pak Din pun terimalah gambar bersongkok yang dihantar oleh Menantu melalui Pos Laju dan Pak Din serahkan di kaunter jabatan Agama. Tarikh berikutnya untuk memungut Kad itu ialah pada 16 Okt. 2011.

Pak Din tidak pergi pada 16 Okt. 2011 tetapi Pak Din pergi pada 17 Okt. 2011.

Hari ini apa yang Pak Din diberitahu oleh petugas kaunter (seorang lelaki golongan kacak) amat mengecewakan dan hati sudah menggelegak. Gambar Along pula hilang. Dia tidak pun minta maaf tetapi sebaliknya pihak kita pula dipersalahkan kerana tidak serahkan gambar! Bukankah bangang namanya?

Jadi air pun dah masuk ke kepala Pak Din. Dengan nada yang agak tinggi Pak Din kata "Awak ingat saya ni pengemis ke? Tak ada kerja lain untuk diarak ke sana ke mari!"

"Inilah dia kalau berjenama 'Melayu dan Islam' ". "Saya pun bekas Pegawai Kerajaan juga tetapi taklah buat kerja gila yang menyusahkan Pelanggan!" Bentak Pak Din.

Dia kata "Kenapa pula dikaitkan dengan agama dan melayu?"

Pak Din kata sebab awak Melayu dan bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Kalau awak kerja di 'Ketik' (Kuil) saya tak akan kata Islam.

Dia bertanya "Tapi kenapa pula awak tinggikan suara dengan saya?"

Pak Din jawab "Cuba awak tengok berapa banyak tarikh-tarikh yang saya diarah melakukan 'lawatan' ke sini dan saya bercakap dengan lembut dan persuasive tapi ini hasilnya yang saya dapat!"

Dia kata "Habis macam mana sekarang?" Juga dengan nada kasar.

Pak Din kata "Ok. Mari balik salinan Sijil Nikah yang orang-orang awak letakkan tarikh-tarikh tu"

Dia dengan marah sambil menuding tangan (telunjuk) ke muka Pak Din melalui lubang cermin kaunter dengan berkata "Aku tunjuk muka mu". Tapi entah apa yang merasuk ketika itu Pak Din pun berkata sambil menunjukkan ke mukanya juga "Aku pun boleh tunjuk, bukan jer kamu. Mu ingat mu sorang jer boleh?!"

Dia pun campakkan salinan surat nikah itu ke lantai melalui lubang cermin kaunter dan jatuh ke lantai sambil berkata "Aku ingatkan orang tua jer, kalau tidak aku tumbuk kau!"

Kali ini hati Pak Din bagaikan meledak dan berkata " Eh! kamu tak tau, aku 'gedeber' sebelum kamu lahir lagi. Kalau rasa keras tangan, keluarlah!"

Dia bangun dari kaunter dan berjalan laju macam nak keluar tetapi rupanya dia menghilang di belakang pejabat!

Di bawah adalah gambar di mana salinan surat nikah itu dicampakkan
Ini pula ialah petikan Piagam Pelanggan yang Pak Din ambil dari webside http://www.jaheaik.gov.my

Di bawah pula adalah salinan email aduan yang saya hantar kepada Peg. Agama Undang-Undang Islam Jajahan Kota Bharu.


Assalamu alaikum wbt.Y.Brs. En. Nik Mohd. Faizal Nik Hussin

Saya Fakhruddin Bin Yusoff beralamat Lot 1529 Paya senang, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Tel. no. 019 9391355.

Perkara berkaitan layanan yang tidak wajar yang saya terima dari seorang petugas kaunter di jabatan tuan pada 17 Okt. 2011 lebih kurang jam 10.00 pagi. Urusannya adalah kad pintar (nikah) anak perempuan saya Lt. Fakhron Diyana (RMN) yang tidak siap-siap dari pertengahan bulan Mac 2011 lagi.

Diyana dinikahkan dengan pasangannya Mohd. Yusof Marzuki oleh Imam Muda Masjid Telipot pada 13 Mac 2011.

Kali terakihr saya berkunjung ke jabatan tuan ialah pada 17 Okt. 2011 dan saya dilayan oleh seorang petugas kuanter yang berbadan lampai, berkulit cerah dan bertahi lalat di atas bibir kiri. Malangnya saya tidak melihat tag namanya.

Apa yang berlaku tuan persilakan baca attachment yang saya lampirkan.

Sekiranya ada apa-apa kemusykilan lanjut tuan boleh menghubungi saya melalui no. telefon 019 9391355 dan bersedia dipanggil ke jabatan tuan pada bila-bila masa.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Cerita di bawah ini hanyalah selingan saja Pak Din juga sudah tua ...

Seorang petinju berusia 52 tahun yang dipenjarakan selama 26 tahun di atas kesalahan yang tidak dilakukannya, Dewey Bozella menang buat pertama kali dalam perlawanan tinju profesional di sini kelmarin.

Bozella menewaskan lawannya, John Hopkins yang berusia 30 tahun dalam perlawanan tinju profesional yang pertama disertainya. Dia diumumkan pemenang selepas empat pusingan perlawanan. Cerita lanjut pergilah ke sini

28 comments:

  1. Betul Pak Din, itulah namanya Islam diperintah bukan Islam yang memerintah. Apabila Islam benar2 ada dalam hati insyAllah perkara macam ni tidak berlaku. Memalukan sahaja mereka berkerja sebegitu...

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Memang celaka sungguh orang tu. Semoga Allah menyusahkan bapak dia pulak.

    ReplyDelete
  3. jabatan agama dibawah kuasa sultan..pemuka2 Jabatan Agama hampir semua org alif tendang wau sarkas,, tanya tok guru MB kelantan cam mana seksa nya ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yob,

    Tu tak cekap dan amanah namanya, buat keja tak betul, hilangkan dokumen, fail, gamabar. Senang2 mintak baru, pastu tak mintak mahap. Memang diorang layan 'pelanggan' macam pengemis!

    ReplyDelete
  5. Boleh saman tak jabatan agama sebab tak cekap? Kalau boleh saman je... kasi mereka berhati-hati sikit.

    ReplyDelete
  6. kalau la papa sempat amik gambar malaun tu, mesti dia popular plak kt alam maya ni kan....nasib baik along x g ngan papa...kalo x, along jong pege, papa jong tumbuk dih! =p

    Next time papa g, amik gambar petugas tu siap2 sebelum dia buka mulut nk bercakap. kalo x sempat gak, tanya dulu no pangkat nama dia, br cerita psl nk amik kad e-nikah tu...senang sket nk buat aduan... ;-)

    ReplyDelete
  7. salam paklong
    saya pun alami macam pak long jugak.sampai bertekak dengan seorang staff yag mukanya gedebe.
    memang prestasi kaunter JHAIK bab nikah kawin ni boleh dikatakan di tahap yang teramat mengecewakan.dna tak patut berlaku di zaman IT ini.
    bila ditegur,mereka marah kita balik.

    ReplyDelete
  8. budak yang kurang ajar tu pakai baju macam kutu ker pak din?ke lelaki yang kulit gelap,muka gedeb tu?

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,

    Penyabar sungguh Pak Din nie...sampai 5 kali...
    kalau saya...2 kali cukup dah...terus email pd Menteri,harakah, dll

    Beberapa tips bila berurusan dgn org/tempat mcm nie...

    1.rekod masa,tarikh, lokasi, lebih baik simpan no giliran tu.
    2. pastikan segala yg diserah arah ada rekod/salinan penerimaan. (sebagai bukti kalau nak report)
    3. then bila jadi mcm nie...nak lg gempak...ambik gambar dia dan lokasi sekali...
    4.emailkan aduan beserta semua bukti kpd Menteri terlibat,pengarah2 jabatan agama semalaysia, CC email tu pada kwn2 di FB...Yahoo mail...G mail dll....

    tu jer cara nak layan Ummat Islam yang "terlebih adab" nie....

    pisangemas81

    ReplyDelete
  10. maha besar ALLAH tu menduga hambanya

    ReplyDelete
  11. betul..perkara yang sama pernah berlaku pada saya di Pejabat tanah dan harta pusaka Kelantan. Dia orang ni dok melaungkan soal kenaikan gaji sahaja ..Perkataan s.o.p pun dia orang tak tau ...sungguh di kesali ..sangat menyusahkan orang kampung..harap semua ni berubah..almaklumlah .. perbelanjaan kursus untuk pegawai kerajaan pun dah berapa banyak habis..masalah kini ialah kerajaan sendiri yang membuat mereka jadi lemak dan mengutamakan kepentingan diri (selfish) berbanding perkhidmatan. Kalau dah tak mau buat kerja..bersaralah ye.. takut nanti 'pendapatan ' tu 'haram'... renungkan lah..

    ReplyDelete
  12. Salam Pak Din...

    I've told some1 b4 ...terbukti,kan? Penyakit "Bodoh Sombong" tak boleh ditegur ni dah meralat jadi barah kat orang agama pulak. Teruk la M'sia. Macam Pak Din kata tu la, orang Melayu-Islam yg kerja di Majlis Agama Islam tu patutnya sedar diri mereka tu berkhidmat untuk kita...masyarakat kita. Tu belum hal zakat lagi Pak Din...tu pasal tak pernah turun/surut graf kemiskinan masyarakat kalau kadar kerja macam tu. Lebih kurang..cincai. Memang makan gaji buta. Some're truly hati pun buta. Menyusahkan. Daripada pegawainya sampai pion kaunter..mcam c****a. Jadi, jangan kita salahkan orang yg "kecewa" dgn majlis Agama kita & orang kita yg memerlukan tu pergi mintak tolong drp ah long, gereja, tokong, NGO yg ada agenda mereka.

    ReplyDelete
  13. Hangat juga kakak baca N3 ini. Sakit hati, nasib baik juga Pak Din bukan org yg bodoh bila kena bentak dia pandai bentak balik. Tahu pun takut bila Pak Din cabar utk keluar, mungkin dia tahu Pak Din pun macam Dewey Bozella yg berusia tapi energetic. Hahaha....

    Tapi kakak geram tau, kenapalah Pak Din tak snap muka lelaki tu...

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Islam yang tidak meresap ke jiwa

    ReplyDelete
  15. Tok Harimau

    Pak Din bukannya mahukan dia dibalas Tuhan tetapi harapkan dia sedar akan tungas dan tanggung jawabnya terhadap pelanggan.

    ReplyDelete
  16. Amri Mat Saaid

    Ye ke?

    Bukankah Majlis Agama Negeri sahaja di bawah Sultan?

    ReplyDelete
  17. MOH KEMBARA

    Entahlah Yong, harap-harap janganlah dijadikan budaya orang kita. Amat bertentangan dengan sikap yang dikehendaki agama

    ReplyDelete
  18. Anonymous

    Entahlah. Bab saman menyaman ni saya kurang arif. Mungkin boleh kot?

    ReplyDelete
  19. warta 365

    Agaknya sudah nasib yang diterima pelanggan mereka!

    ReplyDelete
  20. warta 365

    Orangnya kacak, berkulit cerah dan agak lampai. Kuku pun disimpan agak panjang dari biasa. Bertahi lalat di atas bibir kiri.

    ReplyDelete
  21. pisangemas81

    Sabar pada peringkat awal, tapi bila dah agak melampau menjadi singa juga akhirnya.

    Saya dah pun email kat Pegawai Agama dan ketua bahagian undang-undang islam.

    ReplyDelete
  22. Anonymous

    Itulah hakikatnya layanan yang diterima oleh kebanyakan pelanggan yang berusan dengan jabatan-jabatan yang kebanyakannya tidak cekap dan kerja dengan sambil lewa.

    ReplyDelete
  23. W'salam Hanz

    Entahlah Hanz. Yang Pak Din tak faham kenapa sikap buruk ini bertempek di diri orang Melayu dan Islam.

    Semua sikap buruk yang Allah larang kita ambil dan jadikan budaya!

    ReplyDelete
  24. Kakzakie

    Sebenarnya saya pun dah naik gila juga bila dah agak melampau.

    Dalam marah tu saya lupa pula nak snap muka lelaki itu

    ReplyDelete
  25. Anonymous

    Masa marah tu, lupa pula tentang dugaan Allah.

    ReplyDelete
  26. сервера wow 3.3 5 80 и новые квесты и конкурсы с игровыми и реальными призами.игры для девочек онлайн зачарованные . Ряд событий будет привязан к времени суток и смене погоды, некоторые события даже будут влиять на погоду.мини игры онлайн поезда тут вам предоставляется полная свобода действий: путешествуйте, воюйте, уничтожайте свирепых и опасных монстров, торгуйте и обогащайтесь, заводите новых друзей, объединяйтесь в гильдии и захватывайте замки.

    ReplyDelete
  27. sekarang ini kita boleh nampak sangat perbezaan ketara bersabit quality kerja golongan penjawat awam dahulu dengan sekarang. sungguh fail sekali tahap mereka, dan juga akal mereka. apa nak buat, boleh kata kesemua yang masuk gomen sekarang adalah rejects daripada group2 yang telah di-reject oleh industri.

    saya tak faham, apa besar sangat ke nak kena pakai songkok? kad kawin saya sendiri ni pun tak pakai songkok takde pula disuruh pakai songkok (tapi isteri kena la pakai tudung). itu saya kawin di shah alam negeri bukan serambi mekah, tak ada la pula kena ding-dong kiri-kanan, tak ada masalah langsung pun dgn pejabat agama, pegi pastu amik saja kad. takde banyak soal, hilang la...tak cukup la...apa barang jab. agama kelantan? inilah akibat dia kalau melayu yang tak faham islam. dalam islam tak suruh kena pakai songkok masa ijab kabul. lebih2 lagi zaman nabi dulu tak adanya kad2 nikah nih. yang nak menyusahkan tu kenapa? kita ini nama saja hidup dalam negara majoriti orang islam, tapi melayu sekeliling haprak tak faham islam. benda adat yang tak ada sangkut paut dengan islam sebolehnya nak jugak masukkan dalam islam, bila ditanya dia kata "eh, itu islam"...kepala hangguk dia!!

    patutnya hari tu, pak din amik nama dia, and report sekali biar dia kena tindakan disiplin. jenih keturunan darat mana la yang kerja di jab. agama kelantan tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa