Monday, December 12, 2011

Satu Harapan Dan Pandangan Dari Seorang Sahabat

Ini adalah satu pandangan dan harapan saya rasa ikhlas dari seorang sahabat yang menintipkan komen di blog ini di atas tajuk GILA! ISLAM ATAU HANYA ARAB?

Walau pun beliau menyatakan secara terang parti kesayangan saya adalah PAS tetapi hakikatnya saya bukan Ahli PAS. Saya sokong mana-mana saja parti yang saya rasakan lebih baik dari pandangan dan naluri saya. Saya menilai percakapan dan perbuatan.

Kalau berdegar-degar bercakap agama sekali pun, tetapi dari segi perbuatannya bergelumang dengan perkara-perkara yang ditegah Tuhan dan tidak cuba menghapus atau menghalangnya dengan bersungguh-sungguh, maka saya tidak akan ikut dan sokong.

Kita semua tahu bahawa bukan semua orang PAS dan Pemimpin PAS itu baik dan takwa dan tidak semua orang UMNO dan Pemimpin UMNO itu jahat dan mungkar. Kita sama-sama menyembah Allah yang satu dan mengerjakan 5 rukun Islam pada zahirnya. Tetapi hakikatnya Allah yang tahu dan kita manusia menilai dari berbuatan lahiriahnya sahaja.

Bukankah Iman itu terpancar dari percakapan dan diterjemahkan melalui perbuatan serta tingkah lakunya?

Dari segi jasa, tidak siapa pun boleh pertikaikan kedua-dua parti itu walau pun dari sudut yang berbeza.

Terima kasih Puan melayuangkat kerana sudi menitipkan sesuatu yang kita boleh fikir dan renung bersama.

Blogger melayuangkat said...

Salam Saudara Mountdweller,

"SIAPA yang lebih kenal Agama?". Kerana remeh beginilah kita tak bersatu. Masing masing kita seolah2 beradu akan kekuatan "Iman" masing2.

Pada saya UMNO telah banyak berjasa pada Bangsa, Agama dan Negara. Ini tak dapat dipertikaikan tapi tak pula saya pertikaikan Jasa parti kesayangan Saudara. PAS pun tentu telah begitu banyak berjasa terutama pada negeri Kelantan. Kalau tidak mustahil dapat bertahan sebegitu lama memerintah. Tentu terlalu banyak sumbangan PAS yang tidak terbalas oleh rakyat Kelantan sendiri.

Maka sama-samalah kita IKTIRAF perananan kedua-dua UMNO dan PAS daripada kita bertengkar dan berdebat yang tidak berpenghujung yang hanya akan merugikan kita sendiri juga.

Kita sebangsa dan SeAgama, lihatlah kesamaan yang kita ada dari mencari dan lihat perbezaan yang terlalu kecil antara kita.

Saya masih menunggu InsyaAllah jika diizinkan Allah swt SIAPA lah juara orang Melayu Islam sejati yang berjiwa Besar dan bakal menjalinkan jambatan hati hati orang Melayu supaya sama ada mereka dari UMNO atau PAS dapat bersatu demi bangsa dan agama suci kesayangan kita semua. WaAllahuAlam, jika panjang usia dan diizinkah yang Esa..

December 11, 2011 6:40 PM

3 comments:

  1. Kalau stakat sembahyang, tetapi tidak memberi bekas dalam diri kita, akan ditolak. Bagaimana nak memberi bekas kalau ayat 6 dan 7 surah al-Fatihah pun tak tau maknanya, apa lagi maksudnya, tak gunalah sembahyang. Setakat melepaskan tuntutan rukun Iman sahajalah. Matlamat sembahyang atau muqasidnya entah ke mana. Rasulullah bersabda, 10 sebab sembahyang yang ditolak, antaranya ialah lelaki yang sembahyang sendirian tanpa membaca sesuatu. Fikirlah. Dan apakah buktinya firman ayat 45 surah al-Ankabut tu dalam kehidupan seharian kita.

    ReplyDelete
  2. Juara yang sebenarnya dapat menyatukan UMNO dan PAS adalah suara rakyat. UMNO perlu kalah dalm PR13 ini.. kerana apabila UMNO kalah mereka akan sedar dan kembali bangkit membuang segala sifat keduniaan mereka. Pada masa itu apabila PR memerintah PAS akan berperanan mengukuhkan bangsa dan rakyat Malaysia seluruhnya. Saya yakin UMNO dan PAS mahu duduk semeja mencari titik persamaan kerana keruh telah dibuang yang baik telah dicedok. RAKYAT adalah juaranya. - Libob

    ReplyDelete
  3. Puan? melayuangkat...

    Kalau sudah tersedar (hati tersentuh + akal sudah berfikiran wajar).. alhamdulillah...Ia hanya satu langkah permulaan untuk mengenal lebih lanjut hal UMNO, PAS & jemaah lain @ menilai mereka. 2 entiti berbeza disatukan/dipadukan? Bukan mudah bagai dikata/ diimpikan!!! Tu rasional, fakta.

    Kalau kita tak mahu percaya 'tokmahan' pihak lawan UMNO yang menyatakan UMNO sudah rosak, elok kita carilah sumber maklumat yang neutral atau maklumat dalaman UMNO sendiri. Kebenaran akan terserlah untuk tatapan kita. Sana sini ada saja pemimpin veteran UMNO sendiri secara ikhlasnya berasa terpanggil mendedah harapan mereka & menjarakkan diri daripada mengikut budaya terkini UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa