Friday, January 13, 2012

Menyelamatkan Diri Dengan Alasan Dangkal

Saya kurang arif tentang ini. Pada saya alasan ini dangkal, semata-mata untuk melepas tengkuk sahaja.

Apa kata anda yang lebih tahu?

Tidak layak guna wang zakat untuk kes qazaf

KUALA LUMPUR, 13 Jan — PKR terus memberikan tekanan terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan menegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak layak menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Jamil Khir dan dua Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dalam kes Anwar.

Dua pegawai MAIWP itu adalah setiausahanya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

“Alasan mereka bahawa wang zakat diwajarkan penggunaannya sebab mereka termasuk dalam Asnaf fisabillah, mereka tergolongan di kalangan yang mempertahankan kedaulatan institusi Islam. Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

“Adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas (Mohd) Saiful (Bukhari) (Azlan) yang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan Islam,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

Malah kata Saifuddin, Ahli Parlimen Machang ini tindakan Jamil Khir yang menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu terus menimbulkan banyak persoalan ekoran bukti-bukti baru yang didedahkan parti itu.

“Apakah jika mereka menggunakan kedudukan untuk berbuat demikian maka mereka dibolehkan menggunakan wang zakat untuk membayar khidmat guaman mereka?"

“Adalah jelas mereka bukan mendaulatkan Islam bahkan merekalah yang menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan,” katanya.

Beliau menambah kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Che Mat bahawa wang zakat boleh digunakan untuk mempertahankan institusi Islam mengundang lebih banyak persoalan.

Semalam PKR membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menamakan Jamil Khir, Che Mat dan Shamsuddin atas kesalahan penyalahgunaan wang zakat.

Saifuddin turut menyentuh tentang pelantikan peguam yang mewakili ketiga-tiga individu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjadi ahli majlis MAIWP pada 25 Julai 2011.

Katanya, "Jamil Khir perlu tambil memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan parti itu menambah “ berdiam diri bukanlah jalan terbaik.”

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

Bagaimanapun Jamil Khir menafikan perkara itu menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

Sumber - Kembara Jr.

4 comments:

  1. bodo lebih dr lembu. mula2 tak mengaku, lepas tu kata guna dana kera jaan, lepas tu kata pinjam dana zakat dah bayar balik, last sekali mngaku pulak guna dana zakat tp bahagian asnaaf fisabilillah

    ReplyDelete
  2. Saya keliru, adakah orang awam kalau terlibat dalam kes saman yang berkaitan dengan agama, juga layak bantuan Asnaf Fisabillah?

    ReplyDelete
  3. Mana aci....

    "Seorang pegawai sebuah bank membawa keluar sejumlah wang pelanggan & pulang ke rumah dengan ALASAN untuk menyimpan wang tu di rumah dia" ??? Bukan curi ke namanya tu?? pecah amanah?

    ReplyDelete
  4. hey there mountdweller.blogspot.com owner discovered your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best backlinks Take care. Jason

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa