Thursday, February 9, 2012

Along Masuk Wad Lagi

Saya naik bengang lagi. Terpaksa berulang alik ke Hospital di samping menjaga cucu yang baru berumur 15 belas hari pada hari ini.

Isteri menjaga Along di hospital. Saya menjaga cucu di rumah bersama adik yang terpaksa mengambil cuti kecemasan.

Along melahirkan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Selepas semimggu saya membawanya pulang ke Kota Bharu.

Masalah timbul apabila saya bawa Along pulang ke Kota Bharu dan setelah diperiksa oleh nurse dari hospital Kota Bharu yang datang ke rumah didapati jahitan pada luka Along tertanggal. Saya tidak tahulah serius mana sebab hal perumpuan ni saya tak tanya.

Along diminta ke Hospital untuk diperiksa oleh pakar.

Di sini bermula pula peristiwa dibolakan. Mula-mula pergi ke bahagian Ibu dan Anak. Bahagian itu suruh pergi ke Bahagian bersalin, bahagian bersalin suruh pergi ke Bahagian kecemasan. Bahagian Kecemasan pula kata "Kenapa datang ke sini?"

Akhirnya isteri saya naik angin dan berkata "Dari hulu ke hilir, dari hilir ke hulu dari sini nak suruh pergi ke mana pula?"

Barulah kakitangan di situ membenarkan diperiksa oleh Doktor Bahagian Kecemasan dan dihantar ke Wad dan Doktor Pakar menyusul.

Nasib baik juga pada masa itu saya tidak ikut bersama kerana menjaga Haris di rumah. Along pergi dengan suami dan mamanya serta ibu mertua. Kalau tidak mungkin dah kena yang kow-kow dari saya.

Bayangkan orang yang sedang sakit lepas bersalin diarak ke sana ke mari yang dari bahagian ke bahagian bukannya dekat.

Hari ini Along dioperate semula dan memperbaharui jahitan. Agak saya bukan kecil sebab bila saya melawatnya tadi Along menangis kerana sakit. Sedangkan saya kenal Along seorang anak yang kuat sejak kecil dia jarang menangis kecuali terlalu sakit.

Selepas saya doakan barulah sakitnya sedikit reda katanya.

Sebenarnya kes jahitan tertanggal ni saya pernah dengar ianya berlaku. Maknanya perkara ini bukannya pelik. Tetapi memberikan akibat yang agak besar sekiranya setelah luka sudah hampir sembuh dan terpaksa dibedah semata-mata untuk dijahit semula. Sakit berulang hanya disebabkan oleh kecuaian kakitangan hospital dan mengambil masa pula untuk sembuh.

Susahnya bukan saja kepada sisakit tetapi juga kepada kita ibubapa dan bayi yang terpaksa ditinggalkan di rumah.

Along di dalam Wad selepas pembedahan
Mamanya yang menunggu
Haris Salahuddin hari ini 9 Feb. 2012 (Umur 15 hari)

6 comments:

  1. tabahkan hati... kawan perempuan saya kapas tertinggal dalam rahim lepas bersalin.. tak dapat bayangkan..

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Saya byk kali dah dengar rungutan dr kawan2 tenang perkhidmatan hospital yg mcm ni. Kesian Along, semoga Along cepat sembuh. Comey cucu ayahanda :)

    ReplyDelete
  3. comel nye!!saya numpang bersyukur dan gembira atas kurniaan allah swt.tahniah.saya masih berusaha walaupun sudah sepuloh tahun usia perkahwinan.

    ReplyDelete
  4. itu pegawai tentera , kalaulah orang kampung cam mana ya?

    ReplyDelete
  5. bookmarked!!, I really like your website!


    Check out my web page - plenty of fish Dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa