Tuesday, February 28, 2012

Buat Malu Title 'Dr.' Jer

Selasa, 28 Februari 2012

CERDIKKAH KENYATAAN DR. NOVANDRI INI? (AKU TAK MAU MAKI DIA)

DR. NOVANDRI - SEORANG PEJUANG MELAYU?

Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.


Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh -menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.


"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya "Dr MiM".


Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.


"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam , tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.


Chew, 29, dilapor dibelasah semasa dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan. Rakannya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.


Chew mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas , yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan PERKASA.


Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama dengan samseng yang membuat kecoh dan provokasi.


Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media pro-pembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.


"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.


Komen Al-Filfilan:


Hairan saya membaca komen Dr. Novandri ini, yang dikatakan golongan terpelajar dalam UMNO. Beliau menyatakan rakyat marah apabila Adam Chew menjadi "benteng" kepada Ketua Menteri PP. Kita nak bertanya kepada Novandri, Adam Chew menjadi benteng kepada LGE dari serangan siapa? Kalau tiada serangan masakan perlu Adam Chew menjadi benteng? Mana lebih kurang ajar menjadi benteng mempertahankan seorang Ketua Menteri yang dipilih rakyat atau gerombolan yang menyerang beliau? Apakah menceroboh program orang bukan sikap paling kurang ajar?


Kalau anda tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut, dan anda menyanjung kebebasan bersuara anda boleh buat perhimpunan sendiri dan jemput rakyat menyertainya, bukan dengan cara mencetuskan provokasi sebegini?


Dan atas apa alasan sekalipun apakah gerombolan anda berhak memukul orang? Apakah anda sudah tidak menyanjung lagi akan nilai-nilai Rukun Negara, Kedaulatan Undang-Undang? Anda harus ingat, anda yang menceroboh dan mencetuskan provokasi. Boleh anda bayangkan apakah akan terjadi kalau penyokong PR bertindak balas ke atas gerombolan anda seramai 50 orang itu?


Wahai Dr. Novandri, apakah 50 orang yang saudara bawa itu mewakili seluruh rakyat Melayu Pulau Pinang? Apatah lagi rakyat Pulau Pinang bukan Melayu yang lain? Jangan anda ingat semua orang Melayu Pulau Pinang menyokong perbuatan anda dan kuncu-kuncu anda? Jangan ingat semua anak Melayu Pulau Pinang menjadi pak turut UMNO dan Perkasa. Sebagai seorang yang "berilmu" hormatilah ilmu yang anda miliki, berfikirlah secara waras dan bukannya mengikut emosi kepartian melulu!




Hamzah Al-Filfilan
Anak Melayu Pulau Pinang.


Sumber

6 comments:

  1. Orang terpelajar tapi tiada akhlak! Bila berakhlak, takkan UMNO menjadi pilihannya.

    ReplyDelete
  2. hang la bodoh...uan ah beng tu saje provok orang melayu...hang saje buat2 tak paham...tui

    ReplyDelete
  3. Pak Mentua Aku Orang PenangFebruary 28, 2012 at 4:29 PM

    Tindakan bodoh dan tidak bertamadun puak UMNO dan PERKASA semasa perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa UMNO sudah tidak waras. UMNO adalah parti untuk orang gila. Gila kuasa. Bila kuasa sudah hilang, UMNO dan orang-orangnya mula hilang akal. Tidak dapat berfikir dengan baik. Termasuklah pemimpin mereka yang dikatakan cerdik-pandai kelulusan universiti.

    Pada saya mereka adalah cerdik-pandai penipu bangsa Melayu sendiri. Terlalu banyak contoh penipuan yang UMNO lakukan. Rakyat sudah tahu semuanya. Rakyat kini telah celik minda dan celik hati. Yang masih buta adalah orang UMNO sahaja. Itupun entah tinggal berapa kerat sahaja lagi.

    Biasalah macam ayam, bertelor dua bijik riuh satu Malaya. Nak tarik perhatian. Nak tunjuk jantan kunun.
    Piiii...mampuih dengan UMNO.

    ReplyDelete
  4. MIM maknanya Memang India Mari @ Mamak India Mari @ Mengaku India Melayu @ Melayu...India Mari..@....

    ReplyDelete
  5. kalau tak bodek nanti kpt kene tarik balik , antar balik indon

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa