Wednesday, February 29, 2012

Ha... Bagus Cadangan Mahathir Ni

Tapi janganlah Tun sahaja. Tan, Ting, Tong dan yang 'Berseri' pun siasatlah juga!


Siasat juga semua Tun, kata Dr Mahathir
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang yang menuntut audit dijalakan berhubung kerugian hampir RM100 bilion dana awam yang didakwa Lim berlaku sepanjang tempoh Mahathir menjadi perdana menteri.

Lim - dalam satu kenyataan 24 Februari lalu - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran (daripada skandal yang lalu)".

NONEKatanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir (kanan) yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim menyifatkan alasan Mahathir sebelum ini untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagai "logik sesat".

1 comment:

  1. Kakak sokong... ha.... siasatlah segera. Baru tahu dimana salah-silapnya. Jgn cakap aje...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa