Sunday, February 12, 2012

Kassim Kembali Melalut!

Bab Kassim melontarkan pandangan melawan arus ni sikit pun saya tak merasa hairan. Dari zaman remaja saya lagi saya sentiasa ikuti pandangan dan fikirannya. Sejak dia mengepalai paeri kepala kerbau lagi pandangannya selalu berbeza dan dia dicopkan anti hadith.

Saya suka membaca dan mengikuti pandangannya tetapi taklah saya pakai sangat. Dia bukan mahir Bahasa Arab dan bukanya belajar di dalam bidang tafsir.

Selawat pada Nabi Muhammad sama dengan menduakan Tuhan - Kassim Ahmad


  • Kassim Ahmad sinonim dengan kontroversi.
  • Mula-mula dengan ayat di dalam puisinya 'Tuhan sudah mati...".
  • Kemudian dengan penolakan hadithnya dan banyak lagi menyusul yang berlawan arus dengan pemahaman umat Islam terbanyak di seluruh dunia terutamanya di negara kita Malaysia.
  • Dalam tulisan terbarunya beliau menjawab mengapa beliau tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad ketika berucap di majlis pelancaran buku terbarunya 'Islam Renaissance - A New Era Has Begun'
  • Beliau menjawab walaupun tak ada orang bertanya maksudnya beliau memang sengaja berbuat begitu dan mengharapkan ada orang bertanya. Oleh kerana tak ada maka dia menulis di dalam blognya.
  • Kenapa beliau menolak untuk berselawat adalahj disebabkan ayat Quran yang di dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, yang berbunyi "Tuhan dan MalaikatNya berselawat ke atas nabi..." telah diterjemahkannya atau ditafsirkannya selawat sebagai merestui.
  • Jadi bagi Kassim Ahmad ayat tersebut berbunyi begini, " Tuhan dan MalaikatNya merestui Nabi..." lalu ditafsir selanjutnya akan logik maksud ayat sebagaimana tafsirannya tersebut.
  • Kassim juga berkata selawat kepada Nabi sebagaimana amalan biasa majoriti umat Islam seumpama melebihkan Nabi Muhammad berbanding dengan lain-lain Nabi sebelumnya sedangkan Tuhan melarang kita membeza-bezakan Nabi-Nabi yang ada.
  • Kassim seterusnya mengerutkan dahinya merasa hairan kenapa para cendikiawan Islam dari dulu sampai sekarang gagal memahami sebagaimana dia memahami makna ayat-ayat tersebut.
  • Kassim memakai kata Cendikiawan Islam berbanding Ulama kerana bagi beliau tiada ulama dalam Islam dan kewujudan perkataan ulama menimbulkan amalan 'kasta' dalam islam.
Baca tulisan Kassim Ahmad di sini

Nota: Bagaimana agaknya Kassim memuliakan ibunya dan pernahkan Kassim mendoakan ibunya agaknya? mungkin bagi Kassim mendoakan ibu sama juga dengan mendewakan ibu...?


- Blog Shubhi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa