Monday, February 13, 2012

Menteri Ni Cakap Apa Ni?

Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Februari 2012
Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz

KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.


Bandingkan pula hukuman yang dijatuhkan ke atas malaun di bawah ini pula

Rasuah: Ketua Pendakwa Syarie dipenjara 8 tahun

13 Februari 2012

IPOH - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Perak dijatuhi hukuman penjara berjumlah lapan tahun dan didenda RM55,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah berkaitan kes khalwat melibatkan seorang anggota polis lima tahun lepas.

Hakim Tan Hooi Leng membuat keputusan itu terhadap Shahrunnazri Abdul Samad, 43, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000, dan bagi pertuduhan kedua hingga keempat, hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000, atau dua bulan penjara jika gagal membayar.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi keempat-empat pertuduhan itu berjalan secara serentak mulai hari ini.

Peguam Yusri Kamaruddin, yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu untuk pihaknya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Tan kemudiannya membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan terhadap tertuduh ditambah kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagi tuduhan pertama, Shahrunnazri didakwa meminta suapan berjumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mendakwa anggota polis Mohamad Asri Bakar pada 11 pagi di Restoran Capati Medan Gopeng di sini.

Bagi tuduhan kedua, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis itu berjumlah RM1,000 di Malayan Banking Berhad, Jalan Sultan Idris Shah, di sini pada 3.25 petang 1 Ogos 2007.

Bagi tuduhan ketiga, Shahrunnazri didakwa menerima suapan daripada anggota polis sama berjumlah RM2,000 di Malayan Banking Berhad, Taman Ipoh Jaya, pada 11.30 13 Ogos 2007 manakala bagi tuduhan keempat, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM2,000 juga daripada Mohamad Asri di Malayan Banking Berhad, Jalan Sultan Idris Shah, pada 4.25 petang 25 Sept 2007.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa.- Bernama

3 comments:

  1. Ingat Malaysia ini makbapak puakx ini
    yang punya.Boleh sukax menyelesaikan
    penyelewengan semudah itu.Memang
    WAJIB tumbangkan UMNOYAHUDI dalam
    PRU13 ini.Jahanam negaraku sekiranya
    puakx celaka ini terus diberi kuasa.

    ReplyDelete
  2. Pemberi dan penerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang.

    Dalam kes ini, adakah pemberi (polis) tersebut juga menerima hukuman yang sama??

    ReplyDelete
  3. Tangkap ikan kecik je. Ikan besor takat pulangkan duit, semua ok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa