Wednesday, February 22, 2012

Nilailah Sendiri Apa Mereka Kata, Siapa Mereka Dan Kepada Akhbar Mana

Rasanya yang menyuburkan Islam dan mengimarahkan Islam adalah UMNO, MCA, Hassan Ali, Brahim Ali dan Mahathir ajer kot?

Tokoh agama sifatkan PAS hancurkan umat Islam.


Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.

“Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.

“Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya kepada Utusan.

Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.

Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.

“Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.

“Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah,” katanya.

2 comments:

  1. JADI...UNDI UMNO/BN DAPAT PAHALA LA???

    ReplyDelete
  2. Salam Yob, waaah makin panas politik Msia, siap kuar ramai tokoh2 agama!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa